Saturday, May 11, 2013

Ada 1,800 hari lagi !


Seminggu selepas PRU13, pelbagai penulisan dan pandangan terutamanya  tentang terjemahan secara tersirat maksud pungutan undi yang telah diperolehi  disertai pula timbulnya beberapa isu menarik walaupun hanya baru 7 hari seluruh warga Malaysia yang layak telah keluar mengundi.

Rata-rata akhbar serta laman blog tanahair menjurus kepada polar undian kaum Cina secara keseluruhannya memberikan sokongan padu kepada pembangkang terutamanya DAP. Bagaimanapun ianya dinafikan oleh orang kuat DAP, Lim Kit Siang yang mengatakan ianya bukan tsunami Cina tetapi tsunami Malaysia!

Apapun, setelah melihat keputusan PRU13 rata-rata kaum Melayu dapat membaca isyarat yang kaum Cina berikan dan mula memperkatakan perlunya kini penyatuan orang Melayu untuk memberi isyarat balas kepada kaum Cina bahawa niat sebenar mereka berpolitik serta matlamat utama mereka menjadikan DAP kuasa dominan politik kaum Cina seterusnya menumbangkan Kerjaan sediada tidak dapat disembunyikan lagi, Umpama jiran tetangga yang ditangkap mencuri setelah topengnya ditanggalkan. Ianya mencelikkan semula mata sebahagian besar orang-orang Melayu.

Blackout 505 - Kini kaum Cina pula mula turun demo jalanan..
 

Anwar pula masih bertekad untuk mempertikaikan keputusan PRU13 dengan mengajak rakyat bangkit menentang Kerajaan dengan perhimpunan Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya. Ianya satu perkembangan menarik kerana jika dulu orang Melayulah yang akan ghairah bebondong-bondong datang setiapkali diajak untuk berhimpun seperti Perhimpunan Bersih dan sebagainya tetapi perhimpunan kali ini majoritinya 80% adalah kaum Cina !! Apakah kali ini kita akan berpeluang melihat 'trend' yang tidak pernah kita lihat sesebelum ini dimana anak-anak Cina pula mengambil tugas  menterbalikkan kereta polis serta bertempur dengan  anggota polis? Tentu kali ini impak sensitiviti  pada kaum Melayu pasti berbeza bila melihat kaum Cina pula  yang mula  dominan tiap kali protes jalanan  diadakan.
 

Mahfuz dan Mukhriz semasa melawat bekas MB Kedah - Permulaan yang baik.

 
Dalam pada itu, satu perkembangan menarik juga terjadi bilamana Mukhriz datang melawat bekas MB Kedah yang turut jua dilawati oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong. Ianya memberi petanda bahawa silaturrahim sesama Islam tetap dijaga walau berbeza dokongan  parti politiknya dan kunjungan DYMM melawat Azizan dari parti pembangkang juga membawa banyak erti  sebagai 'Raja Berperlembagaan'. 

Nik Azizi di Kelantan pula telah diganti dengan MB yang baru. Sesetengah pula berpendapat  jalan penyatuan dilihat agak lebih mudah kali ini setelah Nik Aziz tidak lagi menjadi MB Kelantan.
 
Azmin Ali - Rakyat letih....

Terkini, Azmin Ali pula terang-terangan berlaga angin dengan peneraju PR, Anwar Ibrahim bilamana Azmin menyanggah keras politik jalanan  serta suburnya amalan ketara nepotisme dan kronisme dalam PKR sendiri. Pernahkah terfikir oleh kita bahawa Azmin orang paling kanan dalam PKR akan berlaga angin dengan Anwar?



 
 
Ketua Pembangkang masih diberikan kepada Anwar walaupun kerusi parlimen PKR jauh lebih rendah dari DAP.

Banyak tanda dan respon mengatakan rakyat telah muak dan bosan dengan isu politik yang tidak berkesudahan. Malah selepas PRU13, ramai rakyat biasa kini lebih fokus kepada kerja serta mencari rezeki dalam memastikan  kelangsungan hidup.
 
Anwar pula bagaimana ?
 
Dia bertekad akan tetap menggerakan perkumpulan dan perhimpunan awam dengan alasan  penipuan Kerajaan dan SPRM semasa PRU13 yang lepas sehingga cita-citanya untuk menjadi PM tercapai dengan apa jua cara sekalipun. Anwar tahu sokongan Melayu terhadapnya semakin menipis. Pasti kita akan melihat lebih banyak penyertaan dan lebih ramai penglibatan kaum Cina dalam gerakan demo jalanan/perhimpunan awam. Anwar kini  tidak mempunyai banyak pilihan, terlalu jauh untuk dia berundur...Anwar kini dalam keadaan kecewa, marah, dendam. Orang sebegini berkemungkinan tinggi  akan bertindak 'gila' dimasa akan datang. Kita perhatikan tindak-tanduk selanjutnya nya nanti.

Kit Siang bagaimana?

Sudah pasti akan memastikan kewujudan PR  serta mempergunakan sepenuh-penuhnya Anwar yang kini umpama menagih simpati DAP dan kaum Cina dan menjaga sokongan  kaum Melayu dalam pakatan umpama menatang minyak yang penuh kerana ini akan terus menguntungkan halatuju politik DAP.  Apapun Kit Siang kini risau kerana pandangan sinis dan kesedaran kaum Melayu terhadap kesepakatan undi kaum Cina kepada DAP. Kit Siang juga risau akan sebarang gerakan-gerakan kearah penyatuan Melayu.






Hadi Awang bagaimana?

......Sudah pasti dapat membaca apa yang tersurat dan tersirat. Bukankah semasa 2008 Hadi Awang yang mengirimkan Nasharrudin untuk berbincang sebaik saja selepas PRU12?

Baru 7 hari.....kita ada 1,800 hari lagi sebelum PRU14.

Sepak terajang perjalanan politik Malaysia  pasca PRU13 hanya baru bermula.........

Memenatkan?

Ya.....

Strap yourselves in,  it's  gonna be one helluva long, rough and bumpy ride !!
 

4 comments:

  1. Harap Mealyu2 PAS akan sedar dan buka mata laa..x rugi kita bersatu. Dolo puak Aus dan Khazraj pun boleh bersatu atas nama ummat Islam..ni kan pula kita satu negara.

    Kalo Melayu bersatu..LKS mesti kena tarukkk lagik dgn boss besar..kihkih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, sudah semestinya..kena tarukkk kaw kaw terutamanya dengan sponsor-sponsor luar yg turut kecewa!!!

      Delete
  2. PENAAAATTTTT!!!!!!.. (yang paling sedih tu ialah saya dan admin tak boleh bersara dari siapkan novel tu)

    ReplyDelete
    Replies

    1. takpa, penat yang amat berbaloi...kerana nukilan tersebut juga kini menjadi cabang pencetus minat serta pengetahuan bagi membuka kotak minda sebahagian ramai kita.

      Delete