Saturday, May 25, 2013

Pabila Cina mula turun kejalanan...

Jika sesebelum ini majoritinya adalah  orang-orang  Melayu bila diajak untuk turun demo dan protest kejalanan. Lihat saja siri Perhimpunan Bersih terdahulu, antara yang ramai datang adalah terdiri dari ahli dan penyokong PAS. Sikap 'walaq' pada pemimpin membuatkan para penyokong PAS beramai-ramai  akan turun padang bila saja diminta berbuat demikian.
 
Pasca PRU13, keadaan agak berbeza....agak ketara. Kali ini Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS menegah ahli PAS menyertai mana-mana perhimpunan haram berkaitan membantah keputusan PRU13 yang lalu. Pasti ianya juga secara tidak langsung akan mengurangkan pembabitan ahli-ahli PAS bagi perhimpunan atau protes yang lain.
 
Mungkin ianya berita yang amat-amat tidak digemari oleh Anwar Ibrahim.
 
Dalam diam, rakyat Malaysia kini mula melihat akan satu arus baru pasca PRU13 yang mana kaum Cina kini mula mendominasi protest dan demo jalanan. Penglibatan kaum Cina mula dilihat ketara bermula dengan Perhimpunan 505 di Stadium Kelana Jaya dan diikuti beberapa perhimpunan yang sama di peringkat negeri. Jika sesebelumnya acap kali kita meilhat kaum Melayu yang bertempur dengan polis. Kaum Melayu juga terbabit insiden menerajang motor polis sewaktu Perhimpunan Bersih yang lalu. Apakah mungkin kali ini kita akan berpeluang melihat kaum Cina pula menterbalikkan kereta polis?
 
Pasti menarik jika ianya berlaku.....apa agaknya pandangan kita kali ini jika ada polis yang dipanggil anjing secara berdepan oleh kaum Cina yang turun ke jalanan? Apa agaknya persepsi kita jika kali ini kaum Cina pula yang merempuh sekatan polis?
 
Mungkin kita sepanjang 5 tahun yang sudah  telah agak  lama dihidangkan dengan berita dan klip pertembungan protes dan demo jalanan hanya kaum Melayu dan polis.
 
Tunggu dan lihat rentetan selanjutnya...ianya belum pasti.
 
Yang pasti, Anwar kini mula kekurangan pilihan apabila PAS mula menjarakkan dirinya.
 
Yang pasti, Anwar kini mula melutut kepada kaum lain demi mendapatkan penawar bagi mengubati penyakit gilanya untuk menjadi Perdana Menteri....



 

Ahli PAS ditegah sertai perhimpunan

Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS
Ketua Dewan Ulama dakwa tindakan tak bawa faedahJumaat,
 
24 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS menasihatkan ahlinya supaya tidak menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan esok, kerana ia tidak memberi keuntungan serta kekuatan kepada parti itu.      

Ketuanya, Datuk Harun Taib, berkata beliau konsisten dengan kenyataannya sebelum ini yang tidak menyokong perhimpunan terbabit, serta menerima keputusan Pilihan Raya Umum lalu dengan hati terbuka.      
Baginya, adalah lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha serta gerak kerja untuk memperkasakan parti dan meraih sokongan baru rakyat daripada menyertai perhimpunan yang tidak akan memberi keuntungan kepada PAS.

“Saya tidak berminat menyertai perhimpunan itu, kalau ikut pandangan saya ahli PAS tidak perlu hadir perhimpunan itu kerana ia tidak memberi kekuatan kepada parti.
 
 
 
 
 
Kenapa orang Cina sokong Adam Adli?
 

'Tsunami Cina' di Jinjang
NONE
Tetapi bilangan mereka kecil kalau dibandingkan dengan kehadiran beratus-ratus orang Cina yang mewakili kelas berpendapatan rendah sampai kelas yang menggunakan kereta mewah.

Adanya geng gereja Lutheran, ahli Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) dan geng DAP. Tetapi apa yang mengejutkan, pihak yang tidak dijangkakan turut berhimpun demi Adam Adli.
Adanya Ah Soh bersama tiga anak perempuanya yang masih dalam umur persekolahan. Adanya Ah Seng rambut perang membawa motorsikal Suzuki RG.

Adanya ah pek yang memakai singlet putih jenama pagoda. Adanya Ah Siang, seorang pakar penulis aplikasi untuk iPhone dari Shah Alam.
 
 

2 comments:

  1. Melayu suka masuk lokap sbb nanti dtg amoi2 seksi tolong nyalakan lilin tanda sokongan... :)

    ReplyDelete