Esok, 5 Mei 2013...hari yang amat bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia.
Sejak 8 Mac 2008, lanskap politik Malaysia terlalu banyak berubah...kenyataan yang tidak dapat dinafikan.
Arus pemikiran terutamanya golongan muda yang kerap dilihat dipengaruhi oleh gaya kelantangan Anwar Ibrahim untuk bersuara melalui perhimpunan serta turun kejalanan seperti era 70an dahulu, kesepakatan dan bersatunya bangsa-bangsa lain berpolitik semakin jelas kelihatan secara tersurat mahupun tersirat, bergabung kini atas nama tahaluf siyasi dengan parti komponen beragama Islam dan bukan Islam samada dalam Pakatan mahupun Barisan dengan masing-masing berbeza pandangan yang mana kafir harbi dan yang mana pula kafir zimmi serta kaedah serangan bertali arus dimedia cetak dan alam siber melalui perang saraf terancang yang disusun rapi oleh 'cybertroopers' berbayar yang diluar capaian pemikiran kita.
Manifesto masing-masing disebar......slogan kempen sebagai akujanji manakala pihak yang satu lagi mengakui bahawa manifesto mereka pula bukan janji !
Satu pihak menuduh memperagakan sekular, satu pihak lagi menuduh petualang yang hanya memperjudikan agama !
Satu pihak menuduh amalan hina Assobiah, satu pihak lagi menuduh buta tentang susur galur bangsa !
Skandal dan fitnah...berleluasa, bermaharjalela.
Akhirnya kita dihidangkan politik tahap jijik yang tidak pernh disaksikan oleh rakyat Malaysia sebelum ini.
Skandal dan fitnah...berleluasa, bermaharjalela.
Akhirnya kita dihidangkan politik tahap jijik yang tidak pernh disaksikan oleh rakyat Malaysia sebelum ini.
Segalanya akan ditentukan pada 5 Mei nanti....
Pejamkan mata.....kemudian bayangkanlah muka suami, isteri, ibu bapa, mertua, adik beradik, kaum keluarga, jiran serta sahabat handai jika mereka-mereka ini sememangnya berbeza parti serta berbeza pendekatan pemahaman politik dengan anda....
Tanya pada diri anda....apakah pandangan anda kepada ibu, bapa, keluarga etc tadi yang kebetulan berbeza pendapat serta berlainan aliran politik dengan anda?
Jadi selama ini apakah ;
Kafirkah ayah?
Assobiah tegarkah ibu?
Sesatkah Islam kakak?
Menjual agamakah abang?
Sia-siakah ibadah adik?
Sia-siakah ibadah adik?
Petualang yang menggadaikan agama dan bangsakah si jiran?
Penyokong tegar kaki rasuahkah si sahabat?
Bangsa-bangsa lain sejak 8 Mac 2008 telah memperlihatkan hala tuju yang jelas dalam berpolitik...berbeza parti tetapi, matlamat yang tetap sama iaitu setelah lama menguasai ekonomi kini tahap terakhir dalam penguasaan kuasa politik pula.
Slogan dijaja.....Ubah !! Gesaan serta kempen kepada orang ramai untuk ubah Kerajaan sedia ada...
Bagi aku, slogan ' Ubah ' bermaksud ubah lah perangai orang kita dalam berpolitik...masakan tidak, hanya disebabkan bukan parti yang sama terus dihukum kafir!
Esok, jalankanlah tanggungjawab bersama serta terjemahkan lah 'ubah' anda kepada intrepetasi masing-masing. Pastinya semua umat Islam di negara ini mahukan yang terbaik.
Harap-harap jangan pula selepas 5 tahun akan datang nanti kita akan ditanya oleh anak-anak kita mengapa kita kehilangan segala-galanya sejak bermula tahun 2013?
Waktu itu perkataan 'Ubah' menjelma semula.
Waktu itu... menjawab dengan air muka yang ber'Ubah'........
Selamat mengundi buat semua.
No comments:
Post a Comment