Monday, September 17, 2012

16 sept - kita semakin matang atau leka?

16 sept 1963, tarikh pembentukan Malaysia..barangkali sesebelum ini tidak banyak yang mengingatinya berbanding 31 ogos 1957..kurang diberi perhatian didalam buku2 teks sekolah terutamanya pada 80an dan 90an cuma hanya beberapa tahun kebelakangan ini ianya disebut2 antara tarikh penting dalam sejarah negara seterusnya kerajaan menjadikannya sebagai cuti umum.
kini, 55 tahun kita merdeka…kini, 49 tahun pembentukan Malaysia.
proses yang sepatutnya mematangkan negara rupanya menjadikan kita lebih kalut dan kelam kabut.
mungkin teks sejarah tanah melayu yang ada di sekolah2 cuma banyak menceritakan kisah2 yang berkisar sebelum perang jepun..paling jauh pun buku2 teks tersebut merujuk tentang kerajaan melayu melaka, tentang kedatangan portugis, tentang kedatangan belanda dan kemudiannya diikuti pengaruh inggeris di tanah melayu.
bagi yang ingin mengetahui lebih jauh, akan berusaha sendiri untuk mengetahui akan sejarah sebenar tanah melayu, tentang kehebatan kerajaan melayu lama sebelum kedatangan islam lagi yang bertebaran di nusantara,    kepulauan Filipina hingga ke indo china.
sebilangan besar kita masih kabur dan tercari2 akan sejarahnya,  sedangkan ptolemy telah lama menamakan tanah ini semenanjung emas (golden chersonese), bangsa yang penuh dengan tandatanya,hebat tamadunnya serta tinggi adatnya.
cuma kita tidak di dedahkan tentang kehebatan kerajaan melayu lama ini.
cuma kita tidak dimaklumkan akan teknologi peleburan besi di kerajaan melayu lama kedah atau terjumpanya manik2 era hittite di johor yang berusia ratusan tahun sebelum masihi.
amat mengujakan bagi yang mengetahuinya...tapi kini, sesekali bila dijerkah ‘mereka’ bahawa bangsa melayu juga adalah pendatang, kita menikus…mungkin kerana kita tiada ilmu tentang sejarah bangsa melayu atau sememangnya kita bersetuju? malahan timbul pula satu golongan melayu yang sama2 mempertikaikan hak pribumi atas dasar meritrokasi…pelik.
sejarah tanah melayu ini amat unik dan penuh liku.

mungkin ada yang mengatakan ianya hanya kisah2 dongeng yang melekakan…jika dulunya kita hebat, kenapa kini kita pula merendah diri dan terpaksa mempelajari tamadun dari bangsa lain?
carilah…kajilah dan fikirkanlah sendiri tentang sejarah melayu lama...bukan hanya setakat kerajaan melayu melaka.
carilah sejarah melayu lama dari sebelum kedatangan islam, selepas kedatangan islam, selepas kerajaan melayu melaka, sebelum perang dunia kedua, selepas perang dunia kedua, sebelum merdeka dan hingga selepas merdeka…

kita masih diizinkan Allah antara kerajaan beraja yang beragama islam yang masih ujud di dunia hingga kini..ya, mungkin ada sedikit sebanyak peristiwa yang menyebabkan kita sebagai rakyat muskyil dengan beberapa tindakan raja2 melayu tersebut yang ada akan tetapi secara keseluruhan ia tetap menjadi tonggak dalam pemerintahan kerajaan Malaysia yang ada sekarang dengan peranan eksekutif menteri besar dan mufti negeri dalam menasihati dan menanangi raja…tetapi kadang2 terlihat serangan terhadap sistem beraja secara sistematik  oleh ‘mereka’ seperti ingin menguji tahap mentaliti, kesabaran dan ketaatan orang2 melayu terhadap raja2 dan agama mereka..maka kini sudah mula terlihat oleh kita bahawa  orang melayu itu sendiri yang mempertikaian raja2 melayu sambil diperhatikan oleh ‘mereka’ dari jauh dengan senyum.
sejak 2008, terlalu banyak yang berubah…pemikiran dan tanggapan banyak berbeza..tindakan dan desakan begitu ketara.
senario politik sentiasa panas… ‘mereka’ menjadi begitu berani…beberapa isu panas dan sensitif satu persatu seolah2 sengaja diketengahkan umpama untuk menguji bagi melihat tahap persaudaraan dan gandingan sesama melayu islam yang ada kini…jika dulu hanya retak, kini retak menjadi belah…maka tersenyumlah lagi ‘mereka’  dari jauh.
orang kita sendiri yang berkedudukan tinggi dan berpelajaran turut sama memperkatakan tentang kesamarataan dalam bangsa dan agama.
sesama kita masih berbeza pendapat dalam membenarkan penggunaan kalimah Allah.
kita diuji oleh golongan ultra kiasu yang biadap ini dalam memperjuangkan isu bahasa di sekolah2 cina seolah2 tidak ada bangsa lain di bumi Malaysia ini.
‘mereka’ menyerang sistem perundangan yang ada dan peranan dan pendekatan bar council lebih cenderung kepada politik dan agama…kes lina joy ‘mereka’ tatang untuk diketengahkan seolah2 mencabar perundangan yang ada…apakah anda begitu hairan jika ada peguam melayu sendiri antara yang membela kes lina joy?
orang2  kita sama terikut2 menyerang pihak polis kerana keganasan dalam tugasan…kalau org2 ‘mereka’ seperti kugan dan beng hock dijentik sikit pun tak boleh….kalau yang dibunuh dan dibakar itu orang kita, ada ‘mereka’ kesah? ada orang kita  berarak protes sebab 3 orang melayu dibakar semasa dibulan puasa beberapa tahun dulu? yang dah sahih gangster ditembak mati lagi dipuja?..gila.
mendapat dana asing dalam media dan pertubuhan yang ‘mereka’ gerakkan…begitu aktif memburuk burukkan negara dalam dan luar negeri…bila ditanya tentang dana asing yg membiayai mereka malaysiakini dan suaram hanya diam membisu? itu yang dapat tahu, berapa banyak lagi yang mendapat dana asing untuk aktiviti2 sebegini? tak hairan jika parti2 politik lain juga menerima dana asing yang sama. apakah kita sanggup menjemput orang luar mencampuri urusan Negara kita? sedih dan malangnya orang kita sendiri yang sama2 menatang anasir2 luar untuk menyusup ke tanah melayu ini.

orang Malaysia begitu malas mengibarkan bendera, tidak patriotik? atau mungkin perjuangan kemerdekaan yang di kecapi hingga kini tidak begitu terasa berkesan dihati…manakan tidak, bendera yang ada kini sewenang-wenangnya dipertikaikan…zaman serba boleh, desak dan luahkan apa yang mahu? sang saka menjadi pujaan? aktivis hishamuddin rais siap  buat promosi di blognya untuk sesiapa yang mahu membelinya..apa sahaja yang boleh menjadi alat protes akan dijadikannya ikon. kita akur dan menerima sejarah tentang adanya bendera sang saka di nusantara ini tetapi kita juga harus akur dengan apa yang dipersetujui dan diguna pakai hingga kini. seperti juga di amerika, bendera perang konfederat yang dikenali sebagai Dixie menjadi ikon bagi redneck yang tegar. presiden obama pernah ditanya dimanakah sepatutnya bendera ini dikibarkan? obama menjawab, ‘ di muzium’.
silap besar jika kita mengatakan apalah sangat yg ada di tanah melayu ini…teramat salah perkiraan jika kita kata siapalah yang begitu berkehendakkan sgt2 tanah melayu yang cuma berbentuk pipih lada ini.
bacalah sejarah..sejak berzaman, sejak sekian lama betapa ‘mereka tangan-tangan hitam’ begitu mengidamkan untuk menakluk tanah melayu ini sebelum zaman kerajaan melayu melaka lagi, bertapak dan menjajah bumi Malaysia ini…apa istimewanya tanah melayu ini? cari dan bacalah sejarah melayu lama…anda akan mendapat jawapannya nanti!
kini kita telah diresapi cara berpolitik yang tiada sempadan budi dan perasaan.
lihatlah sejarah tanah melayu sesebelumnya…tidak pernah terjadi sesebelum ini..tapi segala2nya berubah sejak 2008.
tidak pernah terfikir oleh kita bahawa kita dilagakan sesama kita tanpa perlu ‘mereka’ melakukan kerja-kerja kotor tersebut…selama ini mereka silap, makin diasak makin kuat jadinya bangsa ini…makin ditekan makin hebat jadinya bangsa ini…tidak mampu untuk menewaskannya secara berhadapan…’mereka’ tahu hanya dengan adanya peranan si kitul, bangsa ini akan rebah dengan sendirinya…akibat berantakan sesama sendiri..sejarah sudah membuktikannya!
‘mereka’ makin yakin dan hampir?
tidak percaya?
bangsa apa yang sanggup terbaring tengah jalan menghalang kereta sultan? bangsa apa yang begitu berani  terajang motor polis semasa perhimpunan ramai2?..bangsa apa yg beria2 menterbalikkan kereta polis? bangsa apa yg paling dulu sanggup berlari kedepan di dataran merdeka untuk berhadapan dengan polis? bangsa apa yang duduk ramai2 dari awal pagi mengepung bangunan SUK bila menang pilihanraya? bangsa apa yg mengacukan pistol pada bangsa sendiri sebab parti? bangsa apa yg org lain cuma pijak2 gambar tapi dia sanggup menunjukkan bontot?
cuba bayangkan jika kesemua di atas dibuat oleh bangsa ‘ mereka’?
bayangkan…
nampak?
kalaulah kita dapat lihat dengan mata dan kepala kita sendiri sekiranya cuma bangsa ‘mereka’ yang datang menyepak terajang polis sampai jatuh motor..atau bangsa ‘mereka’ ramai2 menterbalikkan kereta polis….senario pasti berbeza.
kalaulah kita tengok cuma bangsa ‘mereka’ yang datang beramai2 kepung bangunan SUK selepas pembangkan menang  pilihanraya, apa agaknya perasaan orang kita? ada orang2 ‘mereka’ mengibarkan bendera lain ditempat2 awam lakukan oleh anak2 muda kita?

‘mereka’ dah belajar dari kesilapan besar ‘mereka’ pada tahun 1969 yang lalu…’mereka’ tidak akan kedepan..’mereka’ tidak akan   terang-terangan melakukan sendiri aksi2 provokasi dan aksi2 fizikal jika berdepan dengan organisasi keselamatan yang majoritinya bangsa melayu atau terang terangan mencabar institusi raja2 melayu…’mereka’ tidak lagi berarak menghambur kata2 nista disebabkan politik…sebab ianya akan nampak terlalu sensitif yg melukakan hati org2 melayu sendiri…ianya akan membuat melayu itu akan bersatu dan melawan semula ‘tangan tangan hitam ini’ seperti yang terjadi pada tahun 1969 yang lalu.
kini ‘mereka’ tersenyum melihat orang2 kita sendiri sanggup melakukan kerja2 kotor untuk ‘mereka’...kita sendiri yang beramai2 terpekik terlolong dijalanan…kita sendiri yang berdepan melakukan  provokasi dan aksi2 fizikal terhadap organisasi keselamatan…kini ada golongan org2 melayu sendiri yang mempertikaikan institusi raja2 yang ada.
kita menghujat sesama kita, ternyata yang menghancurkan bumi malaysia ini adalah kita yang berantakan sesama kita.
titik pertemuan kita telah ‘mereka’ berikan ilmu pelalau, kini tiada lagi yang nampak baik…dendam dan geram serta buruk sangka sesama kita begitu menebal…keadaan kini yang amat payah..bercakaranlah sesama kita hingga kini…yang diunjurkan agama tolak tepi…mengguna pakai cara berpolitik yang membolehkan apa saja.

aku bukan lah pencacai  umno, tetapi hanya silap umno yang dicanang oleh ‘mereka’ dalam sebutan2 dipentas ceramah dan media..kadang2 hingga membuat kita lupa kepada komponen2 lain parti pemerintah iaitu mca, gerakan dan mic…seolah2 cuma umno yang ada dalam kerajaan sekarang…umno dijadikan kambing hitam akan segala kesalahan yang lalu…proses conditioning melalui media supaya rakyat hanya akan menganggap umpama hanya umno yang memerintah negara.
memang ada cacat celanya, tetapi jika yang baik dan betul harus diakui…’call a spade a spade’, bukan disebabkan ketaksuban terhadap parti masing membuatkan kita mengambil pendekatan membujur lalu melintang patah.
apa yang pasti sebarang perubahan yang menguntungkan kaum tertentu   akan turut diraikan oleh mca mahupun mic…apakah mca, gerakan dan dap taksub berpolitik macam kita? adakah hindraf, ppp dan mic taksub berpolitk macam kita?...adakah mca dan gerakan menurunkan nama2 jalan dalam bahasa cina yang dinaikkan oleh dap di penang?  fikir2kan lah.
 silap percaturan kita akan terlopong diakhir nanti...jangan nanti bila sudah hilang segala2nya kita akan digelakkan oleh ‘mereka’…apa pun boleh berlaku dalam masa terdekat ini… tidak nampakkah kita seolah2  kini apa pun boleh didesak dan dituntut oleh ‘mereka’..sementelah pula kita mempunyai seorang menteri dalam negeri yang lembik segala2nya…apa pilihan yg kita ada?
memperkatakan tentang penyatuan bangsa melayu amat payah…seolah2 satu taboo…seolah2 ianya semacam satu dosa besar? baik umno, baik pas apatah lagi melayu yang dalam pkr…apa yang kita mahukan ialah berpolitik dengan ada batasnnya , mempertahankan bersama ‘common ground’ yang ada demi agama dan bangsa..malangnya ia tidak berlaku!
masih tetap dengan sikap aku, aku….kau, kau, berpatah arang berkerat rotan.
jika dulu ‘mereka’ tidak berani walaupun untuk membuka mulut dalam menyatakan sesuatu yg boleh menghiris hati kita tetapi kini mereka acap kali begitu berani  menyergah kita… dan yang amat menghairankan, kita sesama kita pula yang bertelagah akibat sergahan ‘mereka’…pelik.
16 sept, rasa2 kini sudah mula kedengaran suara2 ketidakpuasan hati dari sabah dan sarawak selama bergabung dengan kerajaan semenanjung?..ada mata lihat, ada telinga dengar…singapura telah melakukannya pada tahun 1965.
pernah terfikirkah anda dengan hilangnya sabah dan sarawak, 'golden chersonese' ini tadi hanya menunggu untuk dibaham. 
apakah kita kini sudah dianggap termasuk dalam senarai pendek penyusunan mereka?
’mereka’ sudah lama tersenyum lebar…kini hanya menunggu waktu dan ketika?


1 comment: