Friday, February 24, 2012

yang terang lagi bersuluh

Yang  terang lagi bersuluh ;
Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Bersuluh tengah hari).


'basuh motor ker?'


tapi memang selalu kita buat…tak caya?
misalan member datang  kat cubicle korang…korang terang2 tgh sibuk menulis ni…soklan ajaib buang karan pon ditanya ‘ tgh menulis ker?’
ni mulut kawan tgh penuh ngan nasik..ditanya plak lagi 'tgh makan ker?'

jiran lalu belakang umah korang…korang tgh sidai baju… soklan magis buang karan pon kuar lagi ‘ sidai baju ker?’
ni sumer sebab pakcik2 pencen punyer penangan…tadi  lepas ngantar bebudak sekolah, mood bagus plark pepagi nie (agaknya sebab pepagi jumaat tadi tak jumpa derebar-derebar F1 masa ngantar bebudak sekolah, aharkk!) so sesajer bawak anak aku yg paling kecik makan roti canai kat kedai…tgh aku bejalan depan bus stop, terdengar dua pakcik pencen berketayap ni bertegur sapa...tgk gaya macam sesamer member.
’nunggu bas ker?’
‘tak lah, nunggu katebang’

nak tesedak asap okok aku ..

hahaha!

No comments:

Post a Comment