Monday, February 27, 2012

kepadaNya kita kembali - ibar


along kakak ku di kampong menelefonku dalam 5.50 pagi sebelum suboh tadi…along memaklumkan yang ibar anak saudara ku telah meninggal dunia.
aku terus terdiam…sukar untuk aku terima…mungkin along salah maklumat soal ku dalam hati .
’betul ke long?..salah orang tak?’ ku tanya lagi  kepada along untuk benar-benar pasti…
‘kalau sempat pergi ke hospital universiti sekarang…tolong bang ngah munir uruskan nak bawa balik jenazah ke kampung’ jawab along.

iqbarudin munir atau panggilan kami padanya ibar, seorang anak muda berusia 25 tahun, bujang, slender built dan tegap, sedang melanjutkan pelajarannya di university malaya…menyahut panggilan ilahi sewaktu dalam tidur.
kalau kenduri kendara sesama keluarga, anak-anak buah yang bujang ni lah yang sibuk membantu termasuk ibar…ibar terkenal dengan ringan tulang, tapi kurang bercakap dibandingkan dengan yang lain…ibar memanggil ku dengan panggilan pak su…kalau beraya di rumahnya, pasti akan disuruh makan nasik.
‘pak su ngan mak su datang raya sini tak boleh makan kuih, kena makan nasik’

pernah sekali tu takut tak ada lauk sedap, dia yang menangkap ayam, dia yang mencelur dan mencabut bulu ayam belakang dapur rumah sorang2 untuk di masak oleh emaknya yang ku panggil kak ngah timah.
tadi sewaktu semua hendak pulang dari kubur setelah selesai urusan pengkebumian, kak ngah timah yang sebelumnya ku lihat begitu tabah…kali ini tidak mampu lagi  mengawal perasaan sedih hatinya, air matanya pecah berderai…aku membawa masuk kak ngah timah ke kereta ku, sepanjang perjalanan  pulang semua senyap kecuali kedengaran esakkan tangisan kasih seorang ibu pada anaknya yang telah pergi.


ajal tidak mengira tua atau muda…ajal tidak mengira samada kita bersedia atau tidak bersedia…
ajal tidak mengira tempat atau ketika...tidak mengira samada kuat atau lemah.
ibar pergi dengan cara ketentuan Allah dalam tidurnya.
ibar pergi dalam usia yang muda kerana Allah lebih menyayanginya.
tiada lagi keletah  ibar dalam kelompok anak-anak buahku yang bujang…yang tinggal hanya kenangan.
al fatihah.

2 comments:

  1. salam..arwah mmg baik kn? sweet, caring, rajin, pandai amek and jge ati org, hormat org tua..mcm2 ag la..kmi kenal sejak U ag..sy xg mse pngebumian arwah ari 2..hnya mmpu send msg je mntk maaf sbb x dpt hadir..sy x sggup and xnk anta arwah ngn air mate dpn kwn2 and fmly arwah..kpd fmly arwah, sy mntk maaf byk2 kalo ade slh n silap..sume kngn kmi, xkn sy lupekn seumur hidup..dh hmpir sethun arwah pergi..terima kasih ya ALLAh krn menghadirkan insan seistimewa arwah dlm hidupku..w/pn seketika tp ckup bermakna.. smoge arwah tenang di sana dan sntiasa dlm redha-Nya..al-fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      sama-sama kita berdoa semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.

      amin.

      Delete