tengok bideo klip ni teringat aku tentang satu cerita.
cerita dari satu student pompuan masa taim aku belaja dulu..tak tau kisah benar atau sesajer je citer lawak tapi memang komperm ianya teramat menyagat hati bagi setiap mereka yang mendengarnya.
ceritanya begini...
...di sebuah bandar di negara amerika syarikat, turut berada di dalam sebuah bas yang agak padat adalah 3 orang student perempuan melayu... kemudian bas tersebut dinaiki seorang lelaki mat salih yang berbadan besar menuju ke bahagian hujung bas kemudian duduk betul2 di belakang ketiga tiga pelajar perempuan melayu tadi.
' fuhhhh, besar betul pakcik yg kat belakang aku ni ' luah salah seorang dari mereka.
' ha'ah, gemok lah...macam babi ' tambah seorang lagi.
' alahh dia bukan paham pon ' sampuk kawan mereka yang ketiga sambil senyum cuba menahan ketawa.
lelaki mat salih tersebut yang berada dibelakang mereka kelihatan turut tersenyum sama...student perempuan melayu bertiga tadi tak mampu menahan rasa lalu sesama mereka berderai ketawa...
setelah agak lama kemudian, lelaki mat salih yang berbadan besar tadi bangun sambil menekan loceng bas untuk turun sambil berkata...
' shoosshh, shoosshh...ketepi ketepi...babi nak turun !! '
No comments:
Post a Comment