Wednesday, October 19, 2011

adakah kita sedang dicaturkan?

penah main catur? kalau permainan namanya catur, kalau pemainnya dinamakan pencatur, kat atas papan catur tu ada askar, raja, permaisuri etc dinamakan buah catur...yang kena main tu namanya sedang dicaturkan.

apakah kita sedang dicaturkan?

erghh...apa ni?? malas lar nak pikir pasal topik-topik  berat..

urkk alarr..cuma nak share apa yang aku faham setelah aku ‘menstudi’ dan ‘memberaous’ lam internet sekian lama...sebab mula-mulanya dedulu aku begitu teruja baca kisah ‘crusade’ ngan perang salib...asal ada jer artikel, citer, buku atau pilem-pilem pasal crusade/perang salib ni selalunya aku akan baca dan tengok….alih2 lain plak yang aku paham... topik ni mebe berat bagi sesetengah orang…takpa, sesekali topik berat untuk kita buat renungan…kalau ader point-point yang salah tu korang betulkan lar yek.

skull and bones, bohemian club,  freemasons, rosicrucians, ordo templis orientis, hermetic order of the golden dawn, illuminati, priority of sion, bildergerg group, council on foreign relations, trilateral commission…….ohh penah dengar? penah dengar tapi tak ingat? tak penah ambik tau pon (..chizz!) ?

apakah persamaan nama-nama tersebut?

nama- nama tersebut adalah pergerakan rahsia yang berselindung disebalik nama pertubuhan agama, pertubuhan ekonomi atau persatuan orang-orang elit yang bertujuan menakluk dunia bagi mencapai orde baru dunia.

ahlinya? kebanyakkan orang-orang femes lagi tersohor yang kita sendiri pon ‘terperanjat dog’ bila dengar!! ermm, tak caya…’beraous’ lar sendiri cari.

dikenali melalui kod atau simbol serta amalan ritual mistik yang telah ujud beribu tahun lamanya melalui pergerakan yang penuh rahsia lagi tersusun (yupss ayat cantik..utk ‘skor’ bm A1 camni haha!).

dikatakan amalan penggunaan simbol serta amalan ritual mistik kumpulan-kumpulan tersebut adalah dari kesinambungan pemujaan syaitan dan rahsia ilmu hitam purba hasil penemuan holy grail dan kabbalah (kabbalah ini adalah kitab ilmu hitam yahudi kuno yang merangkumi perihal amalan penyembahan syaitan purba dari era zaman sumeria, babylon, firaun, gnostic dan talmud)   oleh ‘knight templars’ di ‘ temple of solomon ‘, jurusalem sewaktu perang salib (seawal 1097). ada yang mengatakan antara tujuan utama para knight templars ini selain menawan jurusalem adalah untuk mencari khazanah rahsia tersebut yang paling berharga yang selama ini tersembunyi di temple of solomon bagi tujuan untuk menguasai dunia. pada tahun 1307 raja perancis dan persatuan gereja telah menghapuskan kumpulan knight templars dengan hukuman bunuh atas dasar mereka telah menjadi  sebuah pertubuhan rahsia yang amat berkuasa serta mengamalkan ilmu hitam. bagimanapun tidak semua ahli kumpulan knight templars yang ditangkap. saki baki kumpulan ini telah melarikan diri dan kemudian mendiamkan diri serta membina kekuatan dan rangkaian secara senyap. ianya didapati ujud semula di scotland beratus tahun kemudian dengan nama baru, freemason. kod, simbol serta amalan ritual mistik inilah yang diperturunkan oleh para knight templars yang kini diamalkan oleh kumpulan-kumpulan tangan hitam yang tersembunyi di zaman moden ini untuk menguasai dunia.

penjajahan inilah yang dihadapi oleh manusia zaman moden kini melalui penguasaan mereka dalam pelbagai bidang dan bentuk bagi mencatur kehidupan seharian manusia secara sedar atau tidak untuk mereka menguasai dunia.

knight templars ni mmg femes zezaman pertembungan dengan islam semasa menentang salahuddin al ayubi. aku penah gak pegi tempat orang-orang  templars ni...alar  aku gi sana pon sajer lelepak…tak jauh sangat dari rumah aku pon….namanya templer park…erkkk, templars ngan templer tak sama ker?...erkk soriii.







No comments:

Post a Comment