baru baru ni aku berpeluang bersama sama dengan sesaorang yang aku kira hebat ilmu agamanya...dapat berbual bual, bertukar tukar pandangan semasa berdua dengannya ke satu tempat.
bermula hujung tahun yang lalu...aku mula mempunyai perspektif tersendiri tentang hala tuju hidup...tertanya tanya adakah ianya betul?
kebetulan perjalanannya agak lama...lalu aku isikan waktu itu dengan soalan soalan...aku banyak bertanya, dia dengan senang hati menjawab...tanpa dia mengetahui tujuan soalan soalan yang aku tanya.
jawapannya amat jujur, terus terang dan diselang seli dengan petikan quran dan hadith...sewaktu balik semasa hampir tiba ke destinasi, ada satu perkara yang dia nyatakan tentang aku membuat aku rasa begitu teruja! alhamdulillah.
di antara kita, pandangan hidup mungkin berbeza...
mungkin disebabkan liku liku perjalanan hidup yang berbeza...
atau mungkin disebabkan matlamat hidup yang berbeza...
tidak semuanya sempurna, bersyukur menerima seadanya...
No comments:
Post a Comment