mungkin pada sesetengah kedatangannya di sambut dengan rasa takut dan malas...
tanpa perancangan waktu dan tanpa persediaan...
mungkin pada sesetengah kedatangannya di sambut dengan debar dan rindu...
dengan penuh perancangan waktu dan serta persediaan...
adakah kali ini kita mengharunginya cara yang sama macam yang sudah sudah?
adakah kali ini kita akan mengharunginya cara yang lebih baik dari yang sudah sudah?
atau adakah kali ini kita akan mengharunginya dengan tekad yang berbeza dengan tanda aras yang lebih tinggi dari yang sudah sudah?
atau mungkin senarionya begini ;
...jika seorang yang kita kasihi dan sayangi menghubungi kita menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah kita serta mohon izin untuk singgah cuma sehari, apakah yang akan kita lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan kita?
...tentunya kita gembira, menyediakan persediaan bagi menerima kunjungannya dengan mengemas rumah dan mengadakan keperluan yang sepatutnya bagi tetamu tersebut...bukankah begitu yang selayaknya kita lakukan? malahan mungkin kita mahu dia bermalam berhari hari lagi!
jika demikian, bagaimana pula jika yang akan datang (ramadhan) menjenguk kita bukan sahaja dikasihi oleh diri sendiri, bahkan ia dikasihi oleh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan sekelian orang yang beriman?
apa pula persiapan kita?
saya hanya seorang manusia biasa, bukan ustaz dan akui tiada hebat ilmu agama...kiranya senario tadi membuka minda saya dan juga mereka mereka yang membacanya...
kehidupan ini umpama jigsaw puzzles...ia datang dalam hidup kita pada waktu dan ketika bagai cebisan dan serpihan untuk kita lalui...setiap cebisan dan serpihan itu datang bercantum melalui pengalaman suka dan duka...umpama membentuk kisah yang akan melengkapkan perjalanan hidup yang kita semua lalui...
wallahualam.
selamat menyambut kedatangan ramadhan.
No comments:
Post a Comment