13 disember 2012, memang amat mengecewakan kita bila melihat
pengadil dari korea lee min hu tiba-tiba melayangkan kad merah kepada pemain
pertahanan harimau malaya fadhli shas akibat dari pergeseran dengan datsakon pemain
thailand yang menjadi titik punca kepada rebahnya pasukan kebangsaan…punca
akibat datsakon dikatakan menyiku fadhli shas diluar pandangan pengadil yang
membuatkan fadhli shas berang membawa kepada pertengkaran mulut yang mengakibatkan
pemain pertahanan harimau malaya itu akhirnya dibuang padang….maka harimau
malaya yang sememangnya tempang ditambah lagi dengan derita terpaksa bermain
dengan 10 orang untuk mengharungi perlawanan 45 minit separuh masa yang kedua
dalam keadaan yang sukar…akhirnya harimau malaya rebah dihenyak oleh gajah
perang kerajaan siam.
alasan kecundang disebabkan layanan buruk sejak awal tiba di
bumi gajah putih itu lagi? padang latihan umpama bendang? tidak dibenarkan pada
saat akhir berlatih menggunakan stadium supachalasai?, mainan ‘body contact’
cara provokasi oleh pemain thailand? pengadil lee min hu memihak pada tuan
rumah? game telah dibeli bookies? ramai pemain utama kita yang cedera?
rajagobal ketandusan idea dari segi pemilihan pemain dan taktik? atau
sememangnya pasukan harimau malaya kali ini sememangnya lemah?
seperti biasa, bak kata pepatah inggeris ‘compounded with
series of events will lead to disaster’ !
insiden kad merah adalah sebahagian darinya.
kad kuning atau kad merah satu kuasa mutlak di tangan
pengadil dalam perlawanan bola.
otak kecewa ku menerawang..mengubat rasa kecewa cara pasukan
harimau malaya kalah….menyejukkan hati dengan mengatakan ianya hanya satu permainan bola…tetapi disudut hati
kecil ini tetap terhiris kerana terbungkamnya sebuah pasukan kebangsaan juga
seolah-olah remuknya jua harapan rakyat
seluruh negara…manakan tidak, peminat Indonesia akan menyatakan kegembiraan meruap-ruap
mereka melihat kecundangnya malaysia melalui twitter dan forum-forum di
internet, ahhh ingatkan penyakit pelik PHD serumpun sebangsa sesama kita cuma
ditahap dalam negara rupanya penyakit PHD serumpun sebangsa peringkat
internasional juga hebat sepak terajangnya, chehh!...singapura pula secara
sinis mungkin memberi isyarat bahawa sekecil-kecil pulau temasik ni pun masih
mampu mempunyai pasukan yang layak ke final AFF! amikk kauu!!
ehhh, aku ni dah termasuk dalam kategori ‘sore loser’ ke ?
hahaha..!!
tetapi ada pengajaran yang lebih hebat dari kalahnya harimau
malaya sebab ‘a sore loser’ macam aku ni akan tetap cari alasan nak nyedapkan
ati sendiri..aharkk!
takpa, biar lar kalah….paling tidak yang kalah cuma harimau jer
bukan tanah malaya..tapikan rupa-rupanya rencah serta asam
garam game bola dan politik ni adik beradik jer…sama tension!
‘alarr tu alasan kau jer nak nyedapkan emosi…’
tak caya?
kad kuning dan kad merah juga umpama kuasa mutlak rakyat
menentukan pemerintah.
pasukan harimau Malaya dalam politik adalah umpama terdiri
dari komponen-komponen parti politik yang ada di tanah air dipilih untuk
mewakili pasukan negara berlawan di pentas asean, asia dan seterusnya ke pentas
dunia…now ni lilitan kapten dari pak lah diganti oleh najib bermula dari mac
2009.
kad hijau tak der sebab ni bukan main hoki boleh rilek2 jap
tenangkan perasaan kendian boleh masuk balik..ni game bola beb!..kad kuning
atau kad merah jer yang kita bagi dalam
menentukan parti mana yang paling layak atau berhenti dari mewakili harimau malaya
ke pentas tempatan dan antarabangsa.
maka bermacam-macam insiden dan isu dihadapi oleh pasukan
politik harimau malaya yang terpilih pada pru12 ini dalam mentadbir negara…ada
masalah tu timbul sebab cari penyakit yang dibuatnya sendiri, ada masalah timbul
dari sebab musabab yang tak dijangka dan ada yang pada mulanya bukan masalah tapi
akhirnya menjadi masalah akibat mainan politik serta fitnah….maka ada yang
rakyat nampak dan ada yang rakyat tak
nampak akan insiden-insiden atau isu-isu yang memungkinkan keluarnya kad merah oleh rakyat kepada
kerajaan sekarang tanpa bersandarkan fakta dan bukti…bak umpama lee min hu
mengeluarkan kad merahnya tempoh hari tanpa merujuk kepada penjaga garisan,
tau-tau tup tup ehhh aku kena red card??...insiden-insiden seperti kes feedlot,
gerakan 16 september yang diketuai oleh anwar Ibrahim, kes teoh beng hock, kes
khir toyo, kes altantuya, kes pembelian scorpene, projek kamera aes dan terkini
kenyataan deepak tentang pm dan isteri adalah antara contoh-contoh hangat yang cuba
dibawa bagi membolehkan rakyat mengeluarkan kad merah kepada kerajaan sekarang
tidak terkecuali isu-isu berkaitan parti lawan seperti dakwaan peningkatan kegiatan kes murtad, ketidaksepakatan halangan penjualan arak, peningkatan pusat hiburan dan rumah urut, penyalahgunaan kuasa terutama oleh ahli-ahli majlis wakil pembangkang DAP, kaedah RHEIT dan harta pkns, kerugian dan penjualan harta yayasan selangor, kes kutipan hasil penjualan pasir di selangor, kes penebusan hutang TALAM, isu doa menghancurkan sesama islam, isu tangkapan khalwat bukan islam, saloon gunting rambut unisex, ura-ura kerajaan perpaduan, penyisihan masyarakat melayu di pulau pinang, isu LYNAS, perhimpunan jalanan BERSIH, isu LBGT, kes liwat, mempertikaikan hak bumi dan bukan bumi serta kegiatan memburukkan negara serta mendapat sokongan dana luar negara pula antara contoh-contoh hangat yang cuba dibawa BN bagi membolehkan rakyat mengeluarkan kad merah pada parti pembangkang pada pru13 akan datang.
tidak terkecuali isu-isu berkaitan parti lawan seperti dakwaan peningkatan kegiatan kes murtad, ketidaksepakatan halangan penjualan arak, peningkatan pusat hiburan dan rumah urut, penyalahgunaan kuasa terutama oleh ahli-ahli majlis wakil pembangkang DAP, kaedah RHEIT dan harta pkns, kerugian dan penjualan harta yayasan selangor, kes kutipan hasil penjualan pasir di selangor, kes penebusan hutang TALAM, isu doa menghancurkan sesama islam, isu tangkapan khalwat bukan islam, saloon gunting rambut unisex, ura-ura kerajaan perpaduan, penyisihan masyarakat melayu di pulau pinang, isu LYNAS, perhimpunan jalanan BERSIH, isu LBGT, kes liwat, mempertikaikan hak bumi dan bukan bumi serta kegiatan memburukkan negara serta mendapat sokongan dana luar negara pula antara contoh-contoh hangat yang cuba dibawa BN bagi membolehkan rakyat mengeluarkan kad merah pada parti pembangkang pada pru13 akan datang.
penonton stadium pula umpama masyarakat dunia bertepuk sorak
melihat hala tuju permainan kita samada mereka menyokong atau tidak dalam harimau
malaya beraksi menentang pasukan lawan
yang begitu berselera membaham malaysia…cabaran harimau malaya membawa agama,
bangsa dan negara menghadapai pentas cabaran ekonomi, sosial dan politik.
seperti yang dikatakan pada awal tadi ‘series of events leading
to disaster’…berdasarkan kepada insiden dan isu-isu yang dicanangkan serta disusun
dan diolah untuk datang secara bertimpa-timpa rupa-rupanya hanya helah yang membuatkan
kita mengeluarkan kad merah kepada
pemain-pemain yang tidak bersalah!
diketahui bahawa kestabilan dan kekuatan pasukan politik
harimau malaya yang sememangnya kini tempang (kalau tadi pasukan rajagobal tempang
sebab 5 pemain utamanya cedera tapi untuk
najib pasukannya tempang sebab sesetengah orang-orang yang dilantiknya jadi
menteri tak buat kerja) serta akibat pergeseran sesama kita ditambahi oleh
permainan provokasi lawan serta sorakan penonton dari dunia luar tadi berkemungkinan
menyebabkan kita terikut-ikut nafsu dan perasaan amarah tersilap memberi kad
merah dan akhirnya membawa rebah.
apakah cara kad merah yang kita akan berikan kepada parti
politik pada pru13 nanti juga adalah cara yang sama? insiden dan isu yang
diwar-warkan rupanya hanya sandiwara lebih indah khabar dari rupa? lebih sudu
dari kuah? lebih lajak dari laju?...rupa-rupanya tekanan, provokasi serta tipu
muslihat yang menjadi penyumbang kepada rakyat membuat keputusan?
jika kita lihat betapa fadhli shas mengalirkan air mata
lelakinya sewaktu berjalan keluar padang tidak pasti samada dia terlalu kesal,
sedih, kecewa atau marah…mungkin melalui bacaan bibir carutan maki hamunnya
menjadi penyumbang kepada tindakan yang akhirnya dia dibuang padang tetapi
sakit hati disiku secara terang-terangan tanpa dilihat pengadil membuatkan dia
amat geram.
melalui sepak terajang permainan politik licik yang mengabui
mata rakyat, maka betapa banyak pula air mata yang akan tumpah nanti kerana
kesal, sedih, kecewa dan marah disebabkan kad merah rakyat rupanya dikeluarkan
pada parti yang salah.
…..kali ini tidak hanya harimau yang rebah diterkam lawan,
akan tetapi rupanya lawan melepaskan geram dengan membaham semahu mahunya seluruh
tanah air malaya!
kesal serta tidak sabar-sabar menunggu 5 tahun lagi untuk
kad merah diberikan pada lawan untuk pru14 yang akan datang?
‘soli, itu kat melah now talak laku…itu bola 5 taun satu
kali sulah stop, talak main lagi….’
‘apamacam mau tukar? now kita olang main lain game...taichi !! ’
No comments:
Post a Comment