20122012….apa signifikasinya?
bagi orang islam, tiada magis atau kepercayaan membawa malang
atau tuah akan angka-angka ini.
ianya hanya angka…tapi angka yang dikira cantik sebab tarikh
hari ini 20.12.2012.
1.2.12(1212), 12.12.12 (121212), 20.12.2012 (20122012) dsbg…
dari tempoh tahun 2001 hingga 2012, banyak tarikh yang
mempunyai angka-angka yang dikira cantik…sementelah itu, ramai di antara kita
yang berkesempatan mengabadikannya sebagai tarikh pilihan menyambut sesuatu majlis
seperti pertunangan, perkahwinan dan sebagainya.
amat bertuah bagi kita yang melaluinya dalam tempoh 12 tahun
yang sudah.
selepas 2012?
2013 dan seterusnya? rasanya kita akan kurang menemui angka
tarikh yang hebat-hebat….ianya berulang hanya selepas tahun 2101.
ada sesetengah kaum amat taksub dengan angka hingga sesetengah
angka dianggap membawa tuah atau sebaliknya.
hinggakan kita dapat melihat sesetengah lot rumah atau lift
akan menggunakan angka 12A!
sesetengah pihak juga mengaitkan angka-angka dan
tarikh-tarikh tertentu dengan ramalan tragedi,
kaitan dengan dajjal dan illuminati sebagai contoh…misalan tarikh angka jumaat 21
disember 2012 (211212) mengikut kalendar mayan purba bahawa dunia ini akan
kiamat!
apa pun lagi 11 hari kita akan menyambut kedatangan tahun
baru…tahun 2013.
ada, jumaat 1 mac 2013…01.03.13…1313.
kot-kot masa tu musim pru13?
baiderwei…macam yang aku kata pada awal-awal tadi ianya hanya
angka…
tak tau la aku kot-kot ada gak yang tak nak guna 2013…..mcm lot
rumah atau lift tadi, so ditambahnya kat ujung tu jadi 2012A !!
haha…
No comments:
Post a Comment