Sunday, November 18, 2012

politik kita yang penat...dan tenat!


Sejak Mac 2008 hingga kini  politik malaysia yang semakin kalut terutamanya sesama Islam Melayu memperlihatkan kegagalan dalam usaha untuk kita menggapai titik pertemuan sesama agama. Hasrat melihat sekurang-kurangnya keredaan percakaran sesama kita rupa-rupanya bertukar menjadi kebencian yang meluap-luap!
 
Di manakah silapnya?
 
Kearah mana  halatuju politik yang ingin dibawa oleh parti-parti politik Islam Melayu menghadapi tekanan senario politik negara yang kian tenat?
 
Kita harus menerima hakikat bahawa PRU13 kali ini adalah yang paling getir kerana jika silap percaturan akan menentukan nasib survival agama dan bangsa kita dan memungkinkan peralihan kuasa pemerintahan negara secara mutlak dan sah pertama kalinya oleh kaum bukan bangsa Melayu!
 
Akan tetapi yang menghairankan ialah kita masih tidak penat-penat membanting sesama kita antara satu sama lain?
 
Baru-baru ini solat hajat di Kota Bharu, ribuan umat islam mengaminkan doa menghancurkan sesama Islam hanya kerana bebeza parti dan fahaman politik?
 
Masih sanggupkah kita mengamin doa sebegini??
 
Apakah sememangnya semua ilmuan dan ahli-ahli agama di tanahair ini bersetuju untuk di'fatwa'kan bahawa UMNO itu kufur atau kafir?
 
Tidak mungkin mereka-mereka ini sebegitu jahil dalam agama hingga membolehkan doa sebegini?
 
Apakah tidak sesuai jika kita memohon doa disamping memohon kemenangan , kita panjatkan juga doa semoga Allah memberikan hidayah serta petunjuk dan melembutkan hati seteru masing-masing dalam usaha mencelikkan mata dan memperbetulkan sesama Islam yang lain?
 
 
 
Sumber ; jinggo-fotopages.video
 
 
Sementelah menahan penat membungkam sesama kita, kita dari semasa ke semasa akan dihinggapi penendang tambahan oleh 'mereka-mereka' untuk memastikan kita lebih tenat. Contohnya baru-baru ini juga ERT dan Tenaganita mendesak dihapuskan atau dipinda hak-hak pribumi yang termaktub dalam perlembagaan. Adakah 'mereka-mereka' ini ikhlas atau semakin kurang ajar?
 
Equal Rights Trust (ERT) NGO yang berpengkalan di London bersama Tenaganita, NGO yang mana bosnya orang Malaysia dan pemimpin PKR Irene Fernandez, berkerjasama menyiapkan laporan tersebut.
 
Laporan tersebut antara lain mendesak kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda dua peruntukan Perlembagaan yang melindungi hak istimewa dan tanah orang Melayu untuk mengelakkan diskriminasi berdasarkan kaum atau etnik.
 
Terbahagi kepada empat bahagian, yang dijalankan bersama ERT dan Tenaganita, berkata kewujudan Artikel 89 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah antara sebab-sebab yang kuat di sebalik diskriminasi kaum di Malaysia kerana kedua-duanya gagal memenuhi niat asal untuk tindakan positif.
 
“Proses ini termasuk pemansuhan semua undang-undang, peruntukan dan dasar diskriminasi. Secara khususnya, peruntukan diskriminasi berikut harus dimansuhkan atau dipinda untuk menghapuskan unsur-unsur diskriminasi,” kata kajian tersebut, sebelum menyenaraikan Artikel 5 (4), 8 (2), 9, 10, 11, 12 (1), 14, 15, 24, 26, 89, 153 dan 161 Perlembagaan Persekutuan
 
- Sumber blog AIDC
 
 
 
 
PKR dan DAP memang sah-sah akan setuju dengan laporan ini, tetapi PAS yang sebahagian besar ahlinya adalah Melayu/Islam apakah turut bersetuju menghapuskan Artikel 89 dan 153 Perlembagaan Persekutuan?
 
Adakah pendekatan assobiyah, tahaluf siasi atau hukum hudud kini ditakwilkan atau diterjemahkan semata-mata kerana tujuan politik?  Semakin terpinga-pinga rakyat marhaen dengan hujah membolehkan dan menghalalkan sesuatu oleh  ilmuan masing-masing. Semakin bercelaru rakyat marhaen dengan matlamat menghalalkan cara.
 
 
 
 
 
 
 
Ketepikan ketaksuban yang ada, hulurkan salam sesama kita untuk sama-sama bangkit memperlihatkan umat Islam di tanahair ini bersatu suara.........nescaya akan gementarlah 'mereka'  dan melenyapkan sikap kurang ajar 'mereka-mereka'  yang semakin bongkak semenjak dua ini.
 
Apakah kita masih 'ditidurkan' oleh 'mereka'?
 
(Gambar Kanan ; Ini yang kita ingin lihat - Bersatunya UMNO dan PAS!)
 
 
 
 
 
 
'Mereka' umpama biduk lalu kiambang bertaup sedangkan kita umpama enau didalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. Alangkah indahnya jika kita akan masih tetap bersama dan bersatu suara setiap kali dicabar atau diperlekehkan oleh 'mereka' terutamanya perihal isu-isu berkaitan agama dan bangsa walaupun kita dari parti-parti politik Islam Melayu yang berbeza!
 
Terlalu bernafsu ingin menjadi pemandu bersendirian akhirnya kita semua hanya menjadi penumpang...
 
Waktu itu rupanya kita menjadi penumpang yang tidak akan dihiraukan oleh pemandu walau berkali-kali loceng turun dibunyikan...

Lebih malang lagi bahawa bas itu kepunyaan kita...teramat manis bagi 'mereka' kerana bukan hanya 'mereka' yang memandunya bahkan tuanpunya yang kini menjadi penumpang pada masa itu tidak mampu lagi bersuara!!

No comments:

Post a Comment