Saturday, June 16, 2012

...lajunya aku, lajunya buraq dan israk mikraj


kak chik dan ateh bergelatak tidur dibelakang kereta, maklum lar budak2....kepenatan agaknya...kebetulan guhtrie highway tak banyak kereta malam ni..sementara mereka berdua tidur cuma aku bersorangan yang jaga, sambil memandu...ambil lane yang paling kanan, speedometer menunjukkan kelajuan 110km.....terdetik di hati tengok paling cepat aku boleh buat dari tol ke tol...menaikkan lagi kelajuan... 120...130...140..155......165...........ni kalau twin turbo, sure sure perambat lagi laju, lagi cepat meter naik.......rasa teruja...laju macam mana yang nak lagi? ...radio terpasang, suara radio bercampur dengan deruan angin sebab tingkap sedikit terbuka... aku menaikan tingkap, suara radio kini agak jelas kedengaran cuma berbaur pula dengan bunyi deruan enjin...ermm, kebetulan menceritakan peristiwa malam 27 rejab...menceritakan kisah israk dan mikraj....menceritakan perihal buraq...

...buraq?

...macam mana agaknya kelajuan buraq ni?

perghh..dengan 170km sejam ni pon rasa dah laju giler....



...the night of ascension
.........................................................................................................................

israk dan mikraj menceritakan akan kedukaan Rasulullah SAW setelah perginya siti khatijah serta sahabat yang rapat dengannya...menceritakan betapa Allah ingin mengiburkan hati Rasulullah SAW yang duka melalui perjalanan ini...menceritakan bagaimana malaikat jibril menyucikan hati Rasulullah SAW... menceritakan perjumpaan Rasulullah SAW dengan para Nabi2 yang terdahulu serta para anbiya...menceritakan gambaran kehidupan orang2 yang bahagia dan celaka...menceritakan kehidupan di syurga dan neraka...menceritakan tentang perintah solat oleh Allah kepada Rasulullah SAW sendiri dan tidak melalui malaikat seperti wahyu2 yang lain.......menceritakan perjalanan Rasulullah SAW dari masjidil haram ke masjidil al aqsa hingga ke sidratul muntahar...

dengan iringan malaikat jibril dan buraq.

perjalanan yang hanya dalam satu malam....

otak koboi aku pon tertanya-tanya....agak-agak macam mana lajunya buraq? dan betapa jauhnya sidratul muntahar?

manusia  dijadikan Allah dari tanah, jin dari api dan malaikat pula dari cahaya.

hebatnya teknologi cahaya belum dikuasai sepenuhnya oleh manusia.

malah kita cuma mengetahui teknologi cahaya x-ray, kemudian cahaya laser...belum cahaya yang lainya.

kelajuan cahaya pula sememangnya diketahui laju.

jadi logiknya kelajuan malaikat itu sememangnya laju sebab kejadiannya oleh Allah adalah dari cahaya.

bahkan menjadi ukuran kita misalan menggambarkan betapa lajunya sesuatu itu seperti sinaran cahaya matahari untuk sampai kebumi mengambil 8 minit kelajuan cahaya (lajunya cahaya bersamaan 186,000 batu sesaat atau hampir 300,000km sesaat).

agak-agak macam mana lajunya buraq? dan betapa jauhnya sidratul muntahar?

bukan tujuan untuk memberi petunjuk sebenar kelajuan buraq dan jarak sidratul muntahar...atau jarak sebenar  tujuh lapisan langit ...semuanya kuasa Allah lagi Maha Mengetahui.

cuma MENGGAMBARKAN betapa lajunya kelajuan cahaya..serta betapa jauhnya alam semesta ini dengan mengambil sedikit iktibar ilmu dari peristiwa israk mikraj ini.

bayangkan kita akan memulakan perjalanan kita dari tarikh 1 januari........dari bumi

(hayati klip video di bawah)


apa itu bumi, planet, solar sistem, galaksi dan kluster?...


selepas 8 minit perjalanan dengan kelajuan cahaya, kita cuma baru melepasi jarak seperti antara jarak matahari dan bumi (jangan lupa kelajuan pengembaraan kita sekarang ni adalah 186,000 batu sesaat atau 300,000 km sessat).
5 jam 31 minit kemudian dengan kelajuan cahaya, kita hanya baru melepasi planet pluto...jauh perjalanan  adalah 3.5 billion batu.....dan dalam masa yang masih sehari tu kita rupanya cuma baru melepasi limit luaran planet solar sistem kita!!!
lepas tahun ke 5 tahun cahaya,  baru lar kita jumpa bintang yang paling dekat dengan solar sistem kita, bintang 'alpha centauri'....lepas 5 tahun, setelah berjalan sejauh 25 trillion batu....tahukah kita semua bahawa ni baru nak bermula perjalanan alam semesta!!
100 tahun cahaya perjalanan kita baru nak nampak gas2 di galaksi kita, galaksi bima sakti atau milky way...100 tahun cahaya berjalan baru nampak cuma gas??
dan setelah 1,000 tahun cahaya....baru nampak sikit2 bentuk  galaksi kita ni...iaitu bima sakti/milky way tadi !!
100,000 tahun cahaya baru nampak entire shape galaksi bima sakti/milky way!!!!
dan dari sini apa yg kita nampak setiap cahaya yg terang bertebaran berdekatan galaksi bima sakti/milky way itu bukan lagi bintang bintang tetapi itu juga adalah galaksi-galaksi  lain yg didalamnya pula ujud berbillion bintang!!...sama  seperti galaksi kita bima sakti/milky way tadi.
hebat? belum cukup hebat lagi....nah, seterusnya kita pergi lebih jauh lagi (ingat, kita masih lagi dalam kelajuan cahaya iaitu 186,000 batu sessat/ 300,000 km sessat).........
5 million tahun cahaya...kelihatan kelompok 30 galaksi termasuk galaksi kita bima sakti/milky way tadi yang kini kita akan panggil 'local group'.
ada berani??? nak pergi jauh lagi??
ok, 50 million tahun cahaya kemudian kita akan nampak pula dari pandangan kita kelompok 2 ribu galaksi...yang kini kita akan panggil 'virgo cluster'.
dan perjalanan seterusnya kita akan nampak tompokan 'virgo kluster' tadi kini menjadi satu kluster yang kita akan panggil sebagai 'galactic cluster'.
10 billion tahun cahaya…cukup, kita berhenti sejenak, merenung pemandangan alam semesta..kelihatan tadinya cuma 'local group' yang kemudiannya menghilang menjadi 'virgo luster' yang kemudiannya turut menghilang dari pandangan dan kini menjadi 'galactic cluster ' yang tidak terhingga banyaknya!!!!!!!
akhirnya narrator video ni kata ’that the power of its Creator must truly surpass all human understanding’...
ingat persoalan mula2 tadi...bagaimana lajunya buraq dan betapa agaknya luas jarak sidratul muntahar?
perjalanan Rasulullah SAW hanya satu malam.
Allahu Akbar !
..........................................................................................................................................................

' dah sampai ke babah? ' ateh rupanya dah terjaga dari tidurnya bersuara dari belakang ku.

' lagi 5 minit sampai lar rumah ' jawabku dengan sedikit menoleh ke belakang sambil ku lihat kak cik turut terjaga.

perjalanan yang biasanya mengambil masa hampir sejam kali ni aku lakukan dalam 40 minit..laju? sedangkan cahaya dalam masa 40 minit tu tadi boleh 5 kali ulang alik dari bumi ke matahari.

' ateh rasa macam cepat, laju ke babah bawak tadi? ' tanya ateh lagi.

' alah, tak laju mana pon kereta kita ni ' jawab ku..

sambil tersenyum dalam hati.....






No comments:

Post a Comment