maka terungkai lah misteri kenapa melaka akhirnya jatuh ke tangan portugis.....
selepas 2 hari bertempur dengan gagah dan hebatnya, panglima perang melaka terpaksa direhatkan kerana kelesuan serta merawat kecederaan akibat pertempuran...maka pada malam sebelum pertempuran hari ke 3, sebulat suara maka dilantiklah seorang panglima perang baru bagi menggantikan panglima perang yang asal untuk mengepalai ketumbukan pejuang-pejuang melayu melaka.
keesokannya, seperti yang sesebelumnya..dengan ciri2 taktik dan taktis yg membawa kemenangan, pejuang2 melayu melaka mengambil kedudukan masing2 dengan siap siaga sekali lagi bersedia bagi menyerang kedudukan portugis...pejuang2 melayu yg terkenal kerna displin yg tinggi serta taat arahan ketua, menanti arahan utk menyerang....
saat yang genting itu pon tiba...arahan pon dikeluarkan..panglima perang yang baru dilantik itu bertempik kuat memberi arahan kepada anak2 buahnya yg sedang menunggu..
' soranggg !!! '
pada mulanya mereka saling berpandangan...terpinga2..
' hoiiii......sorangggg !!!
tiba2 keluarlah seorang pahlawan melayu secara berseorangan menyerbu arah lawan...dan dia akhirnya jatuh kebumi akibat bedilan portugis beramai2.
berang..panglima tadi bertempik lagi...' soranggggg !!! '
keluar lagi seorang pahlawan melayu secara berseorangan menyerang arah lawan...dan dia juga akhirnya jatuh kebumi akibat bedilan portugis beramai2.
' soranggggggggggggg !! '
maka seorang demi seorang keluar menyerang mengikut arahan panglima dan seperti sesebelumnya dengan mudah dimamah oleh bedilan portugis yang bertalu2...akhirnya sampai matilah kesemua pejuang melayu melaka tadi.. maka dengan itu jatuhlah kerajaan melayu melaka dek tewas ditangan portugis...
silapnya ?
jangan lar amik orang nesimilan jadi panglima perang...
hehe..
No comments:
Post a Comment