berdebarnya hati sewaktu nak berangkat....persoalannya mampukah aku? bersediakah aku?
suasana begitu sibuk dan bingar, aku dan isteri dengan sabar menunggu giliran kami untuk menaiki bas....diperjalanan kelihatan ada yg menaiki atas lori , ada yang memanjat bumbung bas malah ada yang berjalan kaki dengan mengendong barang...semuanya kelihatan putih...berjuta manusia berpusu-pusu menuju ke satu destinasi, arafah.
ku jejak kaki ku di bumi arafah selepas asar 8 zulhijjah....ruang waktu sentiasa di isi dengan amal secara bersendirian atau program yg diatur....hingga tiba kemuncak haji 9 zulhijjah apabila masuknya waktu zohor dengan khutbah wukuf di arafah.
kemudian bergerak ke mudzalifah untuk bermabit...sekali lagi jutaan manusia berpusu-pusu ke sana...bagi persediaan melontar di mina.
suboh 10 zulhijjah tiba di mina...dengan gema jutaan umat laungan talbiah labbaikallah sewaktu pergi melontar dan disambut dengan laungan takbir juga dari jutaan umat sewaktu pulang dari melontar.
hebat....putih dimana-mana...jutaan jemaah dari serata dunia...tanpa mengira warna kulit samada hitam, putih, kuning, sawo matang...semuanya sama.
sugro, wusto dan kubro...lontaran melalui niat dihati...yang dinyatakan secara fizikal melalui 7 batu-batu kecil sebesar kacang kuda.....menzahirkan lontaran sifat2 mazmumah.
kadang2 ditanya...susahkah untuk mengerjakan haji?..ianya bukan lah mudah.
kadang2 ditanya...mudahkah mengerjakan haji?..ianya bukan lah susah.
pada ku...haji adalah satu ibadah yang penuh dengan keseronokan dan kenikmatan dalam kepayahan.
jika ada rezeki, mudah-mudahan diizinkan Allah...aku begitu teringin sekali membawa anak2 ku menempuh pengalaman mengerjakan ibadah yang penuh dengan keseronokan dan kenikmatan dalam kepayahan ini...setidak-tidaknya umrah jika bukan haji.
esok tanggal 10 zulhijjah 1432 hijrah, sekali lagi kita akan bersama-sama merayakan hari raya haji.
ia juga menandakan bahwa kita kini berada di penghujung 1432 hijrah.
semoga kita dan keluarga kita semuanya dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa.
salam Eid-Al-Adha buat semua.
No comments:
Post a Comment