Thursday, November 17, 2011

babah dulu cemana?


peperiksaan penanda aras kebijaksanaan?

mungkin...

tapi bila aku renungkan semula mungkin terlalu byk tekanan kepada anak2 jika harapan ibu bapa terlalu tinggi pada mereka yg masih muda.

so utk darjah 6 ni aim aku maybe lain kat anak2...ada lain sikit.

aku mempunyai perspektif yg berbeza tentangnya....jika upsr, kejayaan membentuk pendekatan anak2 terhadap sekolah dan minat kepada pembelajaran sebelum ke sekolah menengah adalah yg lebih utama...tetapi jika skor gak 5A plus  minat belajar dah terbentuk, itu memang yg terbaik.

walaupun tak skor sgt, tapi melihat dia lebih berdisplin dan pendekatan serta minat akan pembelajaran terbentuk sebelum melangkah sekolah menengah adalah paling baik.

ultimate aim adalah form 5..hala tuju paling utama dlm sistem pembelajaaran di sini.

sesetengah budak konsisten, sesetengah budak late bloomer dan sesetengah budak 'burn out' dan hilang minat bila sampai form 5.

tiada anak yg tidak mahu membanggakan mak bapak...tiada anak yg mahu mengecewakan mak bapak.

cuma cara dan ketika...samada anak2 akan membanggakan kita sebagai mak bapak dlm masa terdekat atau mendatang kita tidak akan tahu...

tahun depan anak2 aku ada 3 org yg akan amik periksa...berderet mulai dgn upsr, pmr dan spm.

'babah dulu study dgn cara yg sistematik ker?'

jawapan A - yg dijawab secara lisan ;
'ya, penuh disiplin dan konsiten dalam mentelaah nak...ianya perlu rajin nak'.

jawapan B - yg dijawab lam ati ;
'babah? belajar dulu stail koboi...pecut last minit, sebab kurengg minat tang exam...wan ngan atuk kau bising asik sokan sokan sokan....meyeksa jiwa raga ku'.

haha...

No comments:

Post a Comment