Friday, January 20, 2012

wiki apedia?




hujan masih turun…jalan melaut dengan air…ohh, hujan rahmat subuh di pagi jumaat.
‘gug gerk… gug gerk… gug gerk ‘...
kedengaran bunyik wiper kereta aku menjalankan tugasan membilas cermin…untuk membantu aku menjalankan tugas menghantar anak2 ke sekolah.
keheningan pagi tersangatlah bestnyer...suasana mula sibuk kat jalan…motor, bas, kereta, lori dan yg paling aku tak paham ada gark terselit kereta bajak awal2 pagi ni…nak buat camner, dah gitu cara dan bahagian masing2 keluar cari rezeki…lam  sibuk2 tu ada yg bawak keter cara selow and steady…ada gark yg ‘ whossshhhhh’ zig zag lajunyer kau !!... mencelah2 umpama schumacer kat litar F1 tapi pada aku lebih pada pemandunya tu sakit perut yg memulas2 tak nyenyempat  nak cari toilet…kalau tak sakit perut pon aku gerenti, komperm dan sohih nie laki bini lambat bangun pagi jumaat pastu nak kaber taim ngantar anak sekolah ngan nak kejar taim sampai opis…ha ha.
‘lip lap…lip lap’...
keter sebelah aku bagi signal ngimpit minta laluan nak masuk…lampu depan masih merah, so  dia kelihatan teramatlah desperadonyer sebab keter dia dah ngadang orang lain kat belakang…nasib lar meter iman aku pagi ni tahap ‘forgiving’…lam ati aku ni berkata ‘ ni sorang lagi derebar yg gerenti, komperm dan sohih nie laki bini lambat bangun pagi tadi ‘…takpa,  ya silakan mencelah masuk, sapa tak nak pahala pagi2 jumaat ni ye tak?...aharkkk!…tetiba ’poooonnn’ kedengaran keter belakang aku bunyikan hon mcm tak pueh ati sebab mamat tu potong queue tapi aku bagi plak cilok..woitt? org belakang ni pon temasuk lam kategori derebar yg tadi lambat bangun pagi juga ker?
hantarmmm sajar lah !
suasana masih gelap…bukan gelap pagi…gelap sebab awan hujan.
sama gelapnya dengan ‘blackout’ kat site wikipedia.

wikipedia telah menutup sitenya baru baru nie membantah akta SOPA dan PIPA perihal hakcipta dan cetak rompak…pengasas wikipedia, jimmy wales mengatakan akta ni diolah dengan begitu teruk sekali.

org macam aku yg dulu2 mak bapak tak mampu beli ‘encyclopedia britannica’ yg aku tengok dok berederet lam umah sesetengah kawan mmg bergantung sgt dengan wikipedia ni lam banyak hal.

agaknya perkataan asalnya ‘wiki apedia?’ sebab sumer benda dier leh jawab, tak der benda yg dier tak tau… sebab nak lebih komersil dan glamer  dipendekkan jadilar ‘wikipedia’..aharkk !

matahari pagi sikit2 dah kluar…petanda gelapnya pagi tidak akan berterusan lagi.

begitulah jua dengan harapan menggunung ku, agar gelapnya ‘wikipedia’ tidak berterusan lagi.

Wednesday, January 18, 2012

strategi 'pow wow' kat tanjung malim.

‘area ni ke? ‘  tanya wanita yg duduk disebelahku dalam bas.
‘ya,…area ni keseluruhannya masih belum dibangunkan sepenuhnya’ jawabku sambil mata ku menyorot luar tingkap bas melihat keadaan sekeliling sambil aku membuat catatan.

wanita tersebut tidak mencatat apa-apa pun malah tidak membawa apa-apa buku nota pun.

‘ ohh..ni luasnya agak-agak berapa?’ tanyanya lagi.
‘ dalam 200 ekar ‘ tambahku lagi.
‘ mana tahu? ’ dia bertanya semacam hairan sebab jawaban ku agak cepat.
‘ tadi pegawai taklimat tu yg bagitu’ jawabku senyum.

‘ first time ikut mmg mcm tu…ni mesti tak dengar kan?’ tambah ku lagi.
‘ ha ha’ dia tertawa.

bas bergerak perlahan sambil diselang seli dengan taklimat pegawai menerangkan keperluan skop kerja. aku perhatikan wanita yg duduk disebelah ku itu seakan-akan tidak acuh dengan apa yg disampaikan oleh pegawai taklimat, dia kelihatan asyik dan leka memandang pemandangan luar tingkap bas...mungkin dia sedang leka melihat kepulan-kepulan awan yang masih berada di jajaran banjaran titiwangsa bisikku dalam hati.

'cantik kampus ni...kampus baru...hijau dengan pemandangan bukit' dia menoleh sejenak sambil menyuarakan kekagumannya pada ku....aku cuma memandangnya dengan mengangguk sambil senyum tanpa berkata apa-apa padanya.

akhirnya ‘tour’ tersebut tamat dan kami sampai semula ditempat mula-mula kami menaiki bas tadi…kami berdua turun bersama-sama dengan yang lain..menuju ke kereta masing-masing untuk pulang.

aku berjalan ke parking lot, seiring dengan wanita yang duduk bersebelahan ku di dalam bas tadi.

‘nak terus balik ke?’ tanya ku padanya.
‘tak tau lar, budak-budak nak balik sekolah tengahari nanti…nak kena jemput budak-budak tu nanti….tapi baru sebelas setengah pagi’ katanya pada ku.

‘kalau gitu jom lah singgah makan kat restoran kuih pau tanjung malim yg ‘famous’ tu…alang-alang dah sampai sini rugi tak singgah’ aku mengajak.

‘ sempat ke?’ tanyanya sambil memandang pada ku.

‘alahh, sempat’ jawab ku pendek sambil tersenyum.



selesai kami membuat pesanan, keadaan senyap seketika…kelihatan dia membelek handphonenya yang dimatikan masa dalam bas tadi kemungkinan tak mahu diganggu...aku memandang tepat pada wajah wanita tersebut…dia adalah isteriku.

kesian kat dia, tak pasai-pasai  aku angkut dengan dia dia sekali ke sana.

aku lar yg 'kidnap' dia...lawatan tapak ni wajib kalau nak participate dalam tender...so  ngajak dia ke ‘tender site visit’…’tour’ ke tapak tadi dengan bas yang disediakan oleh klien…biasalah, strategi nak amik 2 document tender...jadi aku ajak wife aku join sebab setiap sorang mewakili satu syarikat dan cuma boleh beli satu document tender sahaja…sebab nak masuk tender guna dua syarikat terpaksalah aku bawak ‘sleeping partner’ aku...aharkk.

biasalah kan…strategi nak cepat kaya.

yer ker? ontah…

ha ha.

Monday, January 16, 2012

bahasa jiwa bangsa 5 - kementerian pertahanan



ada ' berbutang three, berbutang five, hidden berbutang'...paling best 'clothes that poke eye' ! alasan kementerian pertahanan adalah kakitangannya menggunakan 'google translate'.

jangan sampai esok2 bila perang ...orang suruh tembak, kita pegang lengan bagi api.

mana tak nya ;

hold you arm...fire!
pegang lengan anda...api!

aharrkk!

Sunday, January 15, 2012

escapism part 1

satu perkataan yg sesuai untuk posting kali ini...'escapism'.

sebulan dua ni aku rajin ke kebun tak jauh dari rumah...dulu2 tak berkesempatan, lately bila dah kerap kesana baru lar sedar rupa2nya selama ini aku yg leka tentang banyak hal.

dah rajin gi kebun? maklum lah, tambahan skrang musim buah...ha ha.


hujung minggu kdg2 bawak keluarga plus diikuti oleh ipar duai ngan biras2 aku gi kebun.

luckily ada sorang biras tu terror bab kebun2 ni, so aku ikut menebas sesikit yg aku termampu...tapi dia yg byk buat keje2 mesin rumput, meracun, membaja etc .

aku? byk lelepak minum ngan menghembuskan asap rokok kat pundung...aku tang menyapu ngan tukang bakar2 daun boleh lar ha ha.

tu ari musim dian, dah abih...rambutan ngan manggis plark ada tinggal sikit lagi...cempedak pon ada...buah duku langsat kali ni tak menjadi...dibawah bukit ada kolam kepunyaan bapak sedara , dia bela ikan.

now ni tgh banyak buah pulasan...merah2 , pokok2nya pon rendang jer...terasa mcm petik epal masa 'picking season' jer.





















yg bestnya ada sungai kat sebelah kebun...aku jenis mata melilau, aku redah...ermm, under utilize ni... tup tup dapat ide rasa nak buat port mandi...suggest kat diaorang kita rasmikan masa cuti raya cina nanti.

so now tgh projek ngan ipar dan biras buat tempat 'port' mandi...air situ best , sejukkkk...segarrr.

sesuai untuk tarjun bila dah ponek-ponek kek kobun.

sesuai untuk lelepak bila boring tak der tempat nak dituju.



sebagai 'escapism'...

Saturday, January 14, 2012

Thursday, January 12, 2012

...better wait till the wheels stop.

to really know a person is just like watching wheels.

say what??

u can't really see the true design, color or condition when spinning...unless when  the wheels stop.

same like knowing a person, then only u ll see the true colors...

really?

dunno...ha ha

Wednesday, January 11, 2012

muslims in america part 5

contd' from part 4...

oppss..tak monang tak kalah part 3



1st half...fuhhh nerisemilan  leading dua kosong.
2nd half...selangor skor satu...then selangor skor lagiii.....dua sama.

part yg selangor skor tu aku leh tahan lagi...yg tak tahan part alang ngan ateh siap jejoget depan aku bila setiap kali selangor skor...perghh sadisss.

game masih panjang...terbau mcm nak kalah maka taktik kotor veto amarikana pon dikeluarkan ' ehh dah kul sepuloh lebih ni, tutup tibi esok sekolah...' 

sajer suka nyakat bebudak..

ha ha.

Tuesday, January 10, 2012

let us jump into the 'kereta pembawa pemain muzik' !!!

Our New Link http://mykamus.my

English >> Malay
Malay  >> English

"bandwagon" return (1) results ;

(1). bandwagon - kereta pembawa pemain muzik


_____________________________________________________________________

kekangan awal dalam tempurung kepala untuk menulis berkaitan politik tanahair sedikit sebanyak roboh, kali ini mencuit pemikiran ‘koboi high chaparral’ ku lantas membuatkan aku tumpas menahan diri dari menulis tentangnya…nak tak nak aku juga tergolong antara mereka-mereka yg dibawa arus yg menghilir dalam mengikuti perkembangan mutakhir mantan timbalan perdana menteri Malaysia, datuk seri anwar Ibrahim (dsai).

 seolah-olah tidak melepaskan peluang fenomena  semasa, aku turut sama melompat ke dalam ‘kereta pembawa pemain muzik’ dalam membahaskannya.

erk elerr, mendernyer ‘kereta pembawa pemain muzik’ apa plark ni? entah, bila aku beraous  lam internet nak konperm teranselasyen ‘bandwagon’, itu yg kuar…wuitt, salah ker? aku guna teranselasyen english-malay yg diperakui tahap piawaian yg maha tepat lam internet tu beb!

ha ha…

jika disorot kembali perjalanan citer anwar Ibrahim ni adalah umpama wayang yang penuh warna-warni, penuh liku, penuh dengan adengan saspen, aksi dusyum2, terkadang diselit dgn unsur lawak, berbaur  elemen sedih dan kemudian diselang seli dengan suasana tegang serta cemas……kalau makanan plark, ianya umpama komplit dengan rasa manis, masam, pahit, kelat, asin-asin sikit bak ‘dishes’ yg disediakan oleh peserta2 master chef malaysia yg bila aku tgk kat skrin tibi nampak sedap tapi bila tang lidah hakim diulasnya dengan cara kemelayuan yg penuh diplomatik seolah-olah sedap padahal dia nak bagi tau tak sedap and ‘vice versa’.

sedar dengan tidak, memperkatakan perihal dsai ini ianya sudah berlanjutan semenjak dari 1998 hingga kini, 2012…apakah tempoh 1998 hingga 2012 itu satu jangka waktu sekejap atau lama? kejap tak kejap lama tak lama, kalau kawin tahun 1998, anak dah masuk form two or kalau kawin 2011, maybe baby at least dah satu.

apapun bagi aku, semua pihak seharusnya akur dan menerima hakikat dan keputusan mahkamah bahwa dsai tidak bersalah…sepertimana kita menerima keputusan penghukuman yang dijatuhkan ke atas dato seri dr. khir toyo dengan berlapang dada.

pastinya dalam tempoh terdekat ini gerombolan pakar  teori, politikus, penganalisis polar politik tanahair akan membuak2 datang seperti mana melandanya kepala air yg ganas selepas ujan di jeram tengkek kampungku…dengan tulisan dan hujah mereka yg bertali arus menorobos di dada akhbar, makalah, pentas forum dan belog internet…biaser larr, biler ada isu top masa kini semua tak nak ketinggalan melompat ke dalam ‘kereta pembawa pemain muzik’ (leemember! teranselasyen piawaian tu beb, bukan aku yg reka) dalam membutirkan serta memperkayakan setiap teori dengan kupasan ide masing2.

ha'ah, termasuk ler aku...

natijah dari keputusan hakim? baek, ni  adalah 10 andaian ‘koboi high chaparral’ ku yg termampu dibaca oleh sel-sel pencernaan data dibalik tempurung kepalaku yg memungkinkan kesinambungan andaian lanjutan dari keputusan hakim…waima dari penerimaan negative mahupun positif ;
  1. yg sebenar sebenarnya dsai 100% tidak bersalah dan ianya memberi satu pengajaran yg maha hebat kepada kaki fitnah lenkali jangan ngengader nak pedajal kat owang…
atau mungkin sebab ;
  1. tuan hakim cuma memberikan keputusan dengan menolak bukti DNA yg menimbulkan keraguan atas dasar teknikal dan bukan sebab salah laku kalau pon ianya berlaku…
atau mungkin sebab ;
  1. hero kalah dulu, seken raun kat mahkamah rayuan dsai sure kantoi
atau mungkin sebab ;
  1. owang owang kat  negara luar dah warning kat dato’ sri najib, gomen ketaq lutut…
atau mungkin sebab ;
  1. membuktikan bahawa amalan demokrasi dan kedaulatan undang undang masih subur di Malaysia dan tiada siapa yg mengatasi undang2…
atau mungkin sebab ;
  1. tidak sabit kesalahan dalam kejadian tersebut kerna tiada unsur ugutan mahupun paksaan tetapi dengan penuh kerelaan…
          atau mungkin sebab ;

  1. konspirasi jahat cara yg meloyakan dan memualkan nak mendiskreditkan sesame manusia tidak akan berjaya…
atau mungkin sebab ;
  1. tu mahkamah dunia…mahkamah Allah ceterai tgk nanti…
atau mungkin sebab ;
  1. dsai pandai kaber line…
atau mungkin sebab ;
  1. tetanda nak dapat pm baru…
apapun kita sepatut menerima apa yg telah diputuskan dengan berlapang dada dan bermuhasabah diri…satu pengajaran kepada sumer pihak.

mana tak sakit dada nengok perkembangan terkini, owang mesia pon dah pandai main bom bom masa gathering…agaknya mungkin polis seniri yg saje letak bom nak pedajal owang atau mungkin ni keje org2 dacing yg tak puas ati atau mungkin ni perancangan kuda trojan puak2 pembangkang sendiri nak membangkitkan rasa beci orang ramai nak ngenakan kerajaan atau mungkin ni keje ‘tangan2 hitam’ yg terancang yg dah lama ngidam nak kita hancur.

yg nyata ni namanya keje giler...keje plark dibuat org giler...disebabkan satu penyakit misteri...namanya penyakit giler...penyakit giler tahap pedaner.
ya, segaler galernyer berpunca dari penyakit org berebut2 giler  nak jadi pedaner menteri… sumer tak nak ketinggalan melompat ke dalam ‘kereta pembawa pemain muzik’ (ulang lagi!!... teranselasyen piawaian tu beb, bukan aku yg reka) dalam menghambat cita-cita nak jadi pedaner menteri !!