Tuesday, March 10, 2015

antara roti jala dan berlapang dada....





Ianya adalah jalan terpuji dengan mengenepikan ego masing-masing..mengambil jalan berlapang dada.
 
Pertemuan ini dapat menyelesaikan banyak masalah. Ada hikmahnya. Kedua-dua mereka tokoh berjiwa besar. Masing-masing memang ada kesilapan tetapi kita semua harus melihat kehadapan
 
 
Dalam laman Facebooknya, Dr Asri menyatakan, ‘Minum dan tersenyum’. " Saya alhamdulillah menerima tetamu istimewa malam ini Datuk Kazim Elias di Kangar, Perlis. Turut sama Dato Dr Asyraf Wajdi Yang di Pertua YADIM. Kami minum dan makan dengan mesra sebagai saudara muslim di cafe yang sedap menunya, Cafe Blackwood, Kangar ".
 
Malah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail turut mencemar duli meraikan Kazim dan pertemuan itu.
 
Pertemuan yang disifatkan MAZA sebagai minum sambil tersenyum itu membuka jalan penyelesaian terbaik berbanding terus ‘berbalah’ dialam maya berkaitan hadis palsu dan tuduhan melampau antara satu sama lain sehingga mencetuskan suasana tidak baik dalam gerakan dakwah negara.

No comments:

Post a Comment