Sunday, March 16, 2014

MH370 ; puzzled? biar betik!




Lama tak menulis…..lately tenggelam dengan kesibukan tugasan dan hal peribadi.
Terasa terpanggil untuk mencatatkan sesuatu dibenak otak perihal hilangnya pesawat MH370……akhirnya menulis juga untuk berkongsi melontarkan pandangan mata hati akan hal yang terjadi….ter’suck’ oleh keadaan semasa , alarr biaser ler me too jumping into the ‘band wagon’ membicarakan hal yang sama khususnya dan hal berkaitan secara amnya…achewah!!

Sebelum tu meh kita ulangkaji, apa itu band wagon?


Result / Hasil Carian (1)
1
bandwagon 
kereta pembawa pemain muzik 



Oraitttt!!!!!

Bacaan santai….tak perlu tensyen-tensyen…kalau tak logik..lebih pada merapu aharkk!!

Kita mulakan....


Memang kehendak kita semua?

Takkan larr..

Itu  kata otak kita yang waras …tapi entah2 subconscious mind  kata lain..

Apakah sebenarnya memang banyak keinginan orang2  di Malaysia nak melihat perkara buruk-buruk berlaku di tanah air kita?..ehh takkan larr??

Kata-kata itu kan umpama doa…kalau asyik kata anak tu bodoh, usually memang ada kesan yang si anak akan slow dan jadi bengap, maybe sebab dia akan jadi less konfiden. Kalau asyik diseranah orang kampong  i.e.  ‘jatoh  lar kaoo!!’ sebab mamat motor rxz tu memang laju bangat depan simpang kedai kupi Makcik Esah Sontel  kek Batu Kikir, chances mamat tu menyembam kat tarmac memang teramatlah tinggi maybe sebab dia akan jadi gabra takleh konsentret  amik lap. Mana tak nyer,  tiap kali lalu Ongah Junuih Pencen  jerit2 marah  siap mamat tu tunjuk2 ‘finger sign’ arah ke dia…perghh!

Mana tak nyer…

Katebang tak jatuh dikobar ehh dek Dr. Syed Azman, PAS Batu Buruk yang Air Asia dah terompeh kek Putrajaya. Nak sangat ker?

Belum apa2 hari pertama news kapatebang hilang dah ada local YB yang mula nyanyikan yang orang islam ni teroris…Sebab pilotnya seorang muslim? Sebab penumpang majoritinya bukan muslim? Nak sangat ker  Malaysia ni hub teroris?

"Who can deny it if I were to say the incident of the missing MH370 was perpetrated by Muslims terrorists"

 - YB Teresa Kok, 8 March 2014.

Orang betembak-tembak kat Lahad Datu sampai lar nie  ada yang kata’ ekkk elehhhh tu sumer wayang!!’ …sebab yang matinya orang kita? Nak sgt ker derama cenggini? Elok ari tu bawa org2 mcm ni suruh dia jer masuk Kg Siminul Sri Jaya utk bawa keluar anggota Polis yang masa tu  terperangkap. Tunjukkan hati  dan usus manusia yg terburai…pastu suruh dia kata, ’Ha’ah..wayang’.

Kebetulan tahun lepas bulan yang sama juga (Mac 2013) kita berhadapan krisis Lahad Datu. Kot-kot bulan yang sama tahun depan 2015  pon akan ada krisis besar. Ishhh, tiap-tiap tahun bulan Mac macam ni mana leh tahan beb! Tiap tahun wayang pecah panggung ke apa??




Kali ni bila katebang hilang tak dengar pulak dengar statement wayang...sebab 70% penumpang bukan orang kita? Then ayat molek sikit diaorang guna…ianya ’konspirasi' !.  Terre!

Bukan sedikit yang nak tengok Najib K.O.

Bukan sedikit yang nak tengok kerajaan hari ni tergolek hancur…

Bukan lar nak junjung Najib, takder pe'edahnyer..aku cenggini gak bukan dapat mender pun. BR1M tu ari pon melepas…hehe.

Bukan lar kerajaan hari ni tu komplet atau yg terbaik…akui  jer lar mmg ada silap dan lompong  sana sini.

To be fair…rasa2 banyak doa atau cerita2 minta benda baik2 lebih banyak atau rasa2nya orang2 di Malaysia ni memang minta  doakan banyak benda buruk2 ?

Sorry?...banyak doakan yang baik2 ??

Really??

Bunyinya agak kasar, tapi ceterai imbas kembali agak2 yang berlaku setahun dua ni kat Malaysia. Dari sumpah seranah org2 berpolitik hingga kutukan rakyat marhaen sampai lar ni tak abis2. Kaji dan tengok, rata2 mencarut dan maki hamun yang keluar. Komplen manjangggggg…

Kata2 tu kan doa dan yang terjadi  tu lah  hasil dari doa kita.

Larr ni laki bini pon tak sefrekuesnei dek politik.

Menantu, mertua, ipar  duai,  biras, kawan2 pon tak seferkuensi bila bab politik…kita akuii jer lar.

Tapi tak der ke titik pertemuan seagama? Sekurang2nya yang betul kata betul….salah kata jer salah.

Taksub giler!!

Ya, zaman dah berbeda…ni bukan cara time-time Tunku Abd  Rahman jadi PM..bukan stail time-time Tun Hussein Onn jadi PM..bukan zaman  dial telepon numbor kena pusing2 ….Ni zaman whatsapp!  Ni zaman wechat!  Ni zaman fesbuk!  Beb, zaman instagram !!

Atau kita sedang melalui ‘conditioning process’ membuat minda kita menerima cara dan kelakuan orang Malaysia lately ni adalah suara dan gaya freedom of expression..sama rata..equally..zaman IT, tanpa sempadan!

Dari isu penggunaan nama Allah…yg bijak pandai agama pon pecah belah bagi pendapat….orang biasa  lagi lar konpius  bila sesetengah bijak pandai agama siap buat statement U-Turn lagi !!

Liwat meliwat..sapa fitnah sapa? Yang nyata kata-kata sumpah seranah sesama kita dah memang komperm lar tu.

Duit makin kecik.. …barang makin mahal.

Punya lah banyak air kat tempat2 yang  iklimnya kathulistiwa..yang kat Selangor leh kena catu!!!!!

Haha!!

Panas kemarau…panazzz.

Yang mati dek denggi  meningkat..top state Selangor!! Aharkk!

Jerebu menggila..

Macam2 yang kita dapat lar ni…

Ni kita dah dapat pon musibah terbaru…katebang hilang.

Sapa kata kita tak nak bala?? Memang kita yang nak…

Ehh marah?

Lam  kelam kabut cari katebang, 6 remaja  mati overdos sebab pesta muzik...haru.

Bantai lar maki satu sama lain.

Nahh, silakan…jangan stop, berantakan dan hujat menhujat lah sesamer  kita banyak2.

Nak kata dah serik?

Dakk aihh, tengok jer  larrrrr kempen PRK Kajang now ni…..aduhai manisnya dan sopan teramat ker ayat masing2 ?? Ayat2 apa? Citer tak guna, alarr lagu yang sama....mengkondem satu sama lain.

Nak  lagi?

Orang kita mana pernah serik…..

Mau satu ari nanti putus plak Segenting Kra…hanyut Mesia nie, dengan kita-kita pon ilang!!

Demmitttt…!!



Teori Konspirasi?




Dari Laut China Selatan kini ke Lautan Hindi/Andaman

Berbalik ke isu utama..katebang ilang.

Persoalan besar ialah kenapa disasarkan kepada MH370 kepunyaan MAS?  Apakah signifikasinya Malaysia  kepada dunia? Apakah tujuan serta hasrat sebenar dajal perancang kejadian ini?

Naper erkk?

Konspirasi?

Ontah…..

Ianya jadi  sehari  yakni 7 Mac 2014 selepas Anwar dijatuhkan hukuman kesalahan meliwat.

Apapun untuk melakukannya, individu atau kumpulan terbabit  diakui oleh pasukan penyiasat sebagai seorang/kumpulan  pilot yang amat cekap. Transponder, ACARS serta system avionics dimatikan secara sistematik!

Pengendaliannya pula macam lam citer James Bond beng! beng! 007,dengan penerbangan rendah mengelak pengesanan radar dan sesekali konsisten pada aras ketinggian lebih 35 ribu kaki. Ada ke pilot MAS melayu muslim yang hebat macam tu? Teresa Kok tu nak tau….sebab dia siang-siang lagi kata dalangnya pengganas muslim.

Pilot Kapten Zaharie, 52 tahun sememangnya cekap mengendalikan pesawat triple 7. Ianya diakui oleh bekas pilot 777, Kapten Norudin. Such maneuver memerlukan skill yang tinggi, mungkin dia telah dikenalpasti oleh perancang sebagai subjek pilihan. Pemberita CNN Richard Quest turut mengakui  kebolehan Co  Pilot Fariq Hamid walaupun baru berusia 27 tahun. Richard Quest juga secara kebetulan pemberita yang telah dihantar oleh CNN bagi mengendalikan liputan CNN Business Traveller berkaitan MAS beberapa minggu sebelum kejadian. Kebetulan? Merumitkan lagi ialah kaitan dan akitivi Kapten Zaharie sendiri dalam parti pembangkang. Perancang telah memilih subjek yang paling tepat dalam plot ini. Menjadi ‘scapegoat’ seolah-olah  individu/mereka sendiri yang  terlibat atau sebenarnya  diluar kawalan atau diluar  pengetahuan pilot serta co pilot MH370 itu sendiri. Mungkin kot….

 Richard Quest - Gay yg kena tangkap loitering with meth dan sex toys kat Central Park, NY.


Umpama menambahkan dedak ayam kat reban...hiruk pikuk mematuk dan makin bercelaru..

China tengah hangat pasal etnik Uighur, kumpulan pemisah Islam Xinjiang yang menentang China. Maimaitijiang Abula, penumpang berumur 35 tahun etnik Uighur turut berada dalam pesawat MH370. Akak Teresa Kok  sure setuju teori yang ni…

Spekulasi  bahawa 20 kakitangan Freescale  Semi Condcutor mempunyai kaitan dengan rahsia teknologi  microchip untuk dibawa ke China. Entah-entah teknologi micro biochip yang tanam bawah kulit manusia...mana kita  tau?

The best…ada yang kata alien sudah mai…Bermuda Triangle of Asia’s version…fuhh!!


Kena pedajal?

Sejarah, kedudukan geografi dan keunikan Malaysia (Tanah Melayu) sebenarnya amat istimewa yang selama ini tidak dihargai oleh kita sendiri sebenarnya telah lama diperhatikan oleh orang luar.

Sejak ribuan tahun lagi…

Bukan lar diaorang datang sini sebab minat sangat sejarah  lembu kaki lima kat Kuil Batu Cave atau best nak mandi2 kat Templer Park atau nak sesangat beli sobenier Selangor Pewter tu….ada sebab lain tu..jeng jeng jeng!!

Keruntuhan dari dalam melalui permainan politik dalam negara kini telah memasuki fasa baru dengan bermulanya alasan campurtangan serta tekanan asing  mungkin dengan alasan ketidakcekapan pemerintah yang ada menanangi kemelut ini. Lihat bagaimana flower-flower terkini kerajaan China menekan pihak Malaysia menyatakan ketidakpuasan hati mereka atas cara kita  mengendalikan krisis ini. 

mesti ada yang tumpang senyum sampai telinga.....

Pernah lihat kekuatan SAR sebegini?


Hakikatnya krisis kehilangan MH370 adalah satu kejadian yang amat rumit untuk dihadapi oleh Malaysia yang  tidak pernah di alami oleh mana2 negara dalam sejarah aviation moden dunia. Ianya kini menjadi satu operasi SAR yang termahal di dunia dengan asset ketenteraan terdiri dari 14 buah Negara yang tidak mampu ditanggung  oleh Malaysia berseorangan.

Maybe just nak jadi penyebab jer??

So apa istimewanya Malaysia?

Apa specialnya bebenor Tanah Melayu ni?

Ianya adalah antara peninggalan rumpun Melayu dari sejarah tua  menyusur dari Ayuthia, Kampuchea, Vietnam, Kepulauan Sulu, Borneo, Pulau Jawa, Sumatra hingga ke Candi Lembah Bujang.

Sejarahnya istimewa…

Bermula dari Pentas Sunda…

Idaman mereka sejak ribuan tahun lagi….sebelum Inggeris, sebelum Belanda..malah sebelum zaman Portugis lagi.

Cuma kita jer yang berperangai seperti jauhari yang tidak mengenal manikam’vasagam’ (yang tu aku mengada2 tambah…aharkk!!).

Cari…dan bacalah sejarah kerajaan Melayu ini.

Pasti anda akan mendapat jawapannya…..


Muka dah 12 inchi tebal...

Tak payah perampas minta ransom or nak demand2...keadaan sekarang ianya secara tidak lansung akan memalukan Malaysia, menampakkan ketara kelemahan politik dan jaringan security kita.

Banyak sesangat...memang antara tujuannya untuk memalukan Malaysia.

Kena hentam bukan saja dari luar..malah jab, hook serta tumbukan padu knock out punch turut diterima dari dalam negara.  Takkan lupa kot, habit kita now ni kan menghujat dan membungkamkan antara satu sama lain.

Selagi salah sorang tak rebah mana pueh ati….grrrrrrr!!

China kata kita lembab…slow piang!!

Foreign news keluarkan pics pilot Mesia ni boya..bawa chicks masuk cockpit tuduh  isap-isap okok laie!!

Vetnam plak kata…kjap suroh aku cari kat belah Laut Cina Selatan macam nak giler…dah nak seminggu tau-tau alih kat Selat Melaka. Minyak bot mahal bang kat Vetnam nie. Buang karan!! Dengar news yang that day Vetnam mcm merajuk. Tu yang diaorang slow down SAR kat area Pulau Tho Chu.

Mula2 kata area Tok Bali…pastu tau-tau katebang buat 'Air Turn Back' ke Pulau Perak. Dapat trace signal militeri radar  kat Pulau Perak. Selama ni kome ingat Peghak cume ader Pulau Pangkor,  13 Mac 2014 baru kome tau roper-ropernyer  ade  ujudnyer Pulau Perak ….tu lar, hehe.

Kjap kata guna paspot Austrian ngan Italy muka orang Asia…pastu kata idakk ehhh..tu orang Iran tapi feature mcm omputehhh…Aparaaaaaahhhh Zahid Hamidi!!

Kjap kata 4 orang check- in tapi tak boarding..kjap kata tak, mana aderr!!

Kjap kata Rolls Royce and Boeing dapat ‘ping’ engine running 5 jam lepas lost contact..pastu kata tak der ehhh, maklumat tak tepat tu!!
The best, mula-mula kata militeri radar ada indicate katebang tu buat  ‘Air Turn Back’….katebang tu memang sampai Selat Melaka….pastu reporter luar minta confirm radar militeri mana tu? Jawapan Malaysia esoknya  not confirm…Nah kauuuu, bocor rahsia yang satu kampong tau radar RMAF canggih…pastu Hishammudin siap kata terpaksa share our national security info dengan negara luar untuk dapat more info abt the plane.  Sure Singapore, Thailand and Indonesia senget2 mata bila dengar militeri radar RMAF boleh trace jauh  sampai ke situ…Ade Singapore atau Thailand bagitau radar diaorang?  Kalau ada maybe the best way is secara senyap2  tertutup pass the info. China tu ari terkena….nak tolong guna satelit diaorang then  nampak la mcm ada imej  katebang lam laut.  China agaknyer sebab eksited  sesangat terus bagi info. Esoknya  tergagap-gagap China jawab imej given was wrong info.  Apa ke tidaknyer….sure tersenget bijik mata Amarika  dah tau ruper-rupernya satelit China ni power!!  Kah kah!!


 
Tampaq Boya!!

Adding ajinomoto to our injuries…datang la plak nujum VIP. Melaun mana yang jompot ontahh lah?? Now, satu bumi gelak kat kita. Tak abih kat situ, now ni masuk episod warning mewarning antara satu sama lain sampai ada yang nak kena ‘crocodile slap’. Tak geli geleman ker? Err apa makna crocodile slap tu? Psssttt,  ceterai urban dictionary…kan?kan? kan? hahahahahhahaha!!

Now latest 15 March 2014, PM kata confirmed ada individu/kumpulan yang deliberately bawak katebang  ke Selat Melaka.

Last contact with control tower  was 1.07am 8 March 2014.
Last ping with satelite was 8.11am, 8 March 2014.

 Arah mana pastu?

Ontah lar…poning den.

Kazakhtan? India? Diego Garcia? Pulau We di Indonesia?

Yang nyata….pencarian kini tertumpu  kearah 2 koridor di Lautan Hindi/Andaman,  di utara Thailand serta Indonesia…punyer la besaqqq!


Pelengkap usaha....Doa

Bak kata Tun Mahathir, nak kondem senang…ceterai lar kalau tak kena batang idung sendiri. Memang rumit. Koordinasi antara banyak negera, birokrasi etc…memang lar tension. Tak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan moden katebang ilang yang macam cenggini.

Untuk berlaku adil…it is not easy for Datuk Seri Hishammudin, Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Under all these circumstances I guess they have done it quite well.

Tapikan dalam banyak- banyak negara yang tolong..takde plak dari negara Arab kan? Cemana tu? Agaknya geng-geng negara teluk tu kalau datang pon alasannya jauh kot.  Ye tak ye gak, duit minyak mahal tu. Australia ngan New Zealand tu katebang SAR diaorang balik ari ker???? Pepagi datang tolong SAR, dah petang-petang sikit kang balik Perth atau Auckland kot?  Pastu esok pepagi datang lagi? hehe…

Takder hal..bersangka baik je lar.

Apapun yang pasti mesti ada sebab musabab.

Tujuan ianya dilakukan belum pasti…tiada tuntutan perampas atau pesawat mahupun bangkai pesawat ditemui sehingga artikel ini ditulis.

Kemungkinan ianya perancangan konspirasi yang bermulanya begitu hebat tetapi pada penghujungnya melalui kebuntuan  lalu tidak menjadi seperti yang diharapkan siperancang.

Ini semua  ketentuan Allah.

Usaha serta ikhtiar telah dibuat...pelengkapnya adalah doa.

Tetap mendoakan yang terbaik buat crew dan penumpang MH370. Semoga sentiasa dilindungi dan dipermudahkan Allah Azza Wa Jalla dalam usaha kita semua.

Renungkan lah……

Apakah kita masih belum serik?


Teknikal vs Spritual


Amin.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-          ‘Abah....dah jumpa lom?’

-          ‘Lom lagi….tengah tengok kat intenet nie’

-          ‘Lamanyerr carik ..biar betikkkk bah’

Urghhh biar betik?? Ayat mender plak nie?
Watderhek…one crazy jigsaw puzzle
Yup….biar betikkk!!

6 comments:

  1. Budak besar : Aiiii...! degil betul budak kecik ni...main2 pulak..! Oooo...main2 eehh... nah amik kau meh main.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak kecik : Aiiii...! degil betul budak besar ni...buli2 pulak...! Oooo...buli2 eehh... nak sesengat ehh? nak amik kau botol nenen nii!!...:)

      Delete
  2. suka tengok org main silat pulut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. silat pulut? errmmm....ader kurengg sikit.

      masa tu tgh sanding...yg besilat tu ulur tgn mcm nak salam tapi lom sempat kita sambut cecepat dia tarik balik tgn.

      2 kali plak kena camtu....

      yg datang riuhhh...woaaaaaaaa!!....woaaaa!!!!!!!!!...suka kot tgk pengantin kene otek2 cenggitu.

      yg besilat tu budak jer...sekolah rendah jer lam dejah 5 atau 6 kot?

      hanginnn aku masa tu....cissss #@***%$#

      siol jerrr..haha!

      Delete
  3. tu silat pengantin.... patut nya x leh wat gitu.. ngan pengantin kena salam betol2

    main Silat pulut sekali ngan gendang silat, serunai...etc peralatan. riuh rendah palu gendang mcm .......... tapi yang bersilat, main sentuh2... mengelit...sentuh... mengelit... yang nengok tertunggu2 bila nak kuar buah pukul ni.... ha ha...

    ReplyDelete