Sunday, October 7, 2012

kita dan arab spring...

Arab Spring atau Revolusi Arab dimulai awal 2011. Pergolakan berawal dari Tunisia meluas ke Mesir, Libya, Tunisia serta Yaman  turut membawa bahang melanda dunia Islam yang lain. Setelah beberapa pemimpin dijatuhkan, apakah terdapat impak perubahan tujuan atau kejayaan yang diinginkan? 

Benarkah Arab Spring adalah zaman kebangkitan Islam? Adakah Arab Spring ini benar-benar gerakan rakyat yang mahukan perubahan menentang kezaliman? Apakah Arab Spring ini hanya satu gerakan yang hanya pertukaran tangan menggantikan kerajaan dari kelompok politik ke satu kelompok politik yang lain? Atau kemungkinan Arab Spring ini sememangnya satu agenda besar yang didalangi musuh-musuh Islam melalui perancangan yang amat teliti melalui kesan domino menjatuh dan melemahkan satu persatu secara halus akan  negara-negara Islam dan lebih manis bagi mereka ialah kaedahnya melalui ‘pembantaian’ sesama kita?

Apakah Iraq sekarang aman damai dan lebih baik dari Iraq semasa pemerintahan Sadam dahulu? Cuba lihat apakah Parti Ikhwanul Muslimin dan Parti An Nur yang mencanangkan kebangkitan Islam di Mesir sekarang berbeza agendanya dengan zaman pemerintahan Hosni Mubarak? NTC di Libya pula apakah mereka benar-benar berkuasa setelah jatuhnya Ghaddafi? Parti Ennahdah di Tunisia setelah jatuhnya Ben Ali benar-benar pendukung reformasi Islam atau hanya meniru model pemerintahan Turki? Manakala Yaman pula masih berpanjangan perang proksi walaupun selepas pengunduran kuasa oleh Ali Abdullah Saleh.

Yang paling jelas kini adalah pembunuhan rakyat Syria oleh Bashar Al Assad melalui konflik puak Syiah dan Sunni. Menambah kekalutan ialah dengan kemasukan Hezbollah dari Palestin, Revolutionary Guards Iran (RG), Checnians, para penjihad Salafi, Wahabi dan Sunni! Terkini adalah Turki dan Syria saling tembak menembak di sempadan masing-masing. Apakah ianya akan menjadi medan pertempuran bersenjata antara mahzab sesama Islam sendiri atau lebih layak saya katakan sebagai  medan ‘pembantaian’ sesama kita. Ia dapat dilihat seakan-akan puak Syiah yang diwakili Kerajaan Assad, Iran (RG), Hezbollah, Iraq dan mungkin puak Kurdis (menyokong Assad) akan berlaga dengan puak Sunni yang diwakili Wahabi, Salafi, Checnians dan pejuang bebas sukarelawan Sunni.
Pasti ‘tangan-tangan hitam’ akan tersenyum lebar.

Arus pemikiran generasi muda dan ditambah ledakan teknologi maklumat amat membantu melebarkan pengaruh Arab Spring bukan hanya di dunia Arab malah  turut digapai dimana-mana dunia Islam. Apa saja sumber yang ada akan mereka kongsikan bersama dengan cara yang cepat serta amat berkesan dalam menjadikan ianya inspirasi perjuangan. Malaysia juga tidak terkecuali. Ianya boleh dilihat melalui tempias yang diterima menjadikan sesetengah  kita begitu taksub dengan fenomena Arab Spring.

Persoalannya apakah sebenarnya tujuan dan hasrat fenomena Arab Spring? Rakyat digerakkan untuk turun beramai-ramai dijalanan menentang pemerintah. Adakah ianya satu perjuangan yang ikhlas memartabatkan agama atau ada tipu helah disebaliknya?

Dikhabarkan akan ada satu lagi perhimpunan jalanan besar-besaran pada 3 November 2012 akan datang yang digerakkan oleh Pakatan Rakyat.
Perhatikan, apakah ada antara kita yang akan turut mengandaikan bahawa perhimpunan 3 November 2012 itu nanti adalah umpama, sebahagian atau sememangnya sama seperti Arab Spring?

4 comments:

  1. hari tu 7 dan 11,
    sekarang ni 3 dan 11,

    tersangatlah ketaranya nombor Illuminatinya.

    Bodoh betul penyokong pembangkan yang tidak melihat tanda-tanda yang sebesar bapak gajah depan mata ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. arghhh!! (tepuk dahi)...the date, i was caught off guard again!

      Delete
  2. ibarat keluar mulut buaya masuk mulut harimau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya dua, percaturan di masa yang terdekat ini samada mungkin kita akan dihargai atau sebaliknya akan di sumpah seranah oleh anak cucu kita di masa yang akan datang...

      Delete