Friday, August 31, 2012

erti kemerdekaan 1 ; janji tukar...

melihat pada perhimpunan janji bersih dan janji demokrasi malam tadi membuatkan aku terfikir apakah sebenarnya yang kita mahu?

apa sebenarnya yang ada dalam benak fikiran setiap kita kalangan melayu, cina dan india yang hidup di malaysia?

apakah yang menjadi matlamat utama kita akan hala tuju diri, keluarga, masyarakat seterusnya negara?

perlukan perubahan menyeluruh kearah yang lebih baik?

apakah berubahnya yang sedia ada dengan yang baru menjanjikan yang lebih baik? amat pasti?

adakah kita memahami sebenar-benarnya tujuan hasrat keikhlasan 'mereka' yang inginkan perubahan?

atau.....semua pak turut tadi hanya akan tersedar tipu muslihat 'mereka-mereka' bila semuanya sudah menjadi abu?



' persaingan harus pada merit....kita bukan bangsa subsidi.....tiada yg istimewa pada bangsa, ia akan menjadi kita lebih kental dan maju ! '

ermm....

'jangan risau kerana apa pun, undang2 tubuh negeri akan memastikan bahawa ketua pentadbir negeri atau menteri besar mestilah seorang yang beragama islam dan berbangsa melayu melainkan perkenan sultan...'

ermm..

tidak terfikirkah kita sebelum ini yang kita akan kehilangnya singapura?

diulang sekali lagi ......'jangan risau kerana apa pun undang2 tubuh negeri akan memastikan bahawa ketua pentadbir negeri atau menteri besar mestilah seorang yang beragama islam dan berbangsa melayu melainkan perkenan sultan...'

errmmm...

mustahil pada mulanya tetapi ianya tidak mustahil terjadi akhirnya...apa jua sebab musabab tetapi kenyataan yang tidak dapat kita nafikan bahawa akhirnya malaysia kehilangan singapura...

penang?

tu mustahil sangat2...

sabah?

mustahil la diaorang keluar malaysia..

sarawak?

takkan lar sampai keluar malaysia ..hisshhh..

then singapura?

pegi lar jumpa lee kuan yew, hidup lagi dia.....rasa2 jumpa pastu cakap minta balik singapura bagi kat malaysia korang rasa2 dia bagi tak?

diulang sekali lagi....rasa2 lee kuan yew bagi balik tak?



tukar lah seberapa banyak benda yang hendak ditukar...

bendera? alahhh cuma bendera

perlembagaan? alarrrr bukan apa, nak amend sesikit jer...






bila ada saja usaha kearah penyatuan sesama kita....nampak macam payah sangat2...ramai jadi bengkeng semacam semuanya...

keluarnya gambar kat internet duduknya ustaz nasha sebelah najib di mekah terus dihujani dengan maki hamun dan kata-kata nista..adakah kita tanya hasrat sebenarnya ustaz nasha berada disana dan tujuan?

yang terang lagi bersuluh, cuma diminta bersangka baik sesama kita...terasa amat payah.

apakah berdosa besar dan salah besar jika ada usaha kearah kebaikkan sesama bangsa sesama agama?

tanya pada mereka2 yang beramai-ramai berkumpul pada malam janji bersih dan janji demokrasi malam tadi...apakah mereka memahami sebenar-benarnya hasrat dan tujuan perubahan?

amat2 memahami dibalik tabir hasrat sebenar yang 'mereka' mahukan?

atau akhirnya silap percaturan kelompok2 manusia yang ada malam tadi akan menyambut merdeka yang akan datang dengan perasaan penuh kesal yang tidak berkesudahan? tidak akan mampu mengubah apa yang ada pada ketika itu...

'mustahil !!..takkan jadi macam tu...pemikiran kau ni pessimistic sangat larr!!'

'ermm singapura...mustahil?'

then, silakan....




No comments:

Post a Comment