'takk, perlu ditulis semula...ni semua salah !!'
'takkan buta sejarah?...atas dasar apa sampai ini pun nak dipertikaikan??'
'sejarah yg ditulis tu salahhhh...kena olah semulaaaa !!'
tak habis habis...
aku tak pandai sejarah, 1511 portugis menawan melaka aku takda kat sana...1824 masa perjanjian inggeris belanda aku belum ada...1946 penentangan penubuhan malay union aku tak ujud...1957 merdeka aku belum lom timbul lagi...1963 penubuhan malaysia aku belum dilahirkan lagi.
yang aku tau orang kampung aku masa dulu2 tak askar polis...masuk utan lawan kuminih.
raya baru ni singgah tengok abang sedara aku yg aku panggil embong, dia ni ex police...dulu2 masa aku kecik aku tgk dia ni gagah, badan sasa, mmg tubuh embong besar..pencen sajan...dia ni derebar ex ketua polis negara masa tu...kerja tension sebab 1974, ketua polis negara tan sri abdul rahman hashim mati ditembak komunis di kuala lumpur pada 7 jun 1974 dan ketua polis perak tan sri khoo chong kong ditembak pada 13 november 1975.
jadi zaman zaman dia tahun 70an mmg dia tension keje sebab diaorang akan aim derebar dulu baru tembak kpn...tugas amat berat dengan gaji yg amat kecil, yg diterima adalah tomahan, kutukan dan cercaan kerja polis.
embong kena stroke seminggu sebelum puasa...tak boleh bangun, mata sebelah tertutup...berkeadaan lemah...dengan pencen yg tak seberapa, kehidupan perlu diteruskan.
31 ogos baru saja berlalu..
kita nampak ke perkara yg dulu2..dah ujud ke masa tu?
sebab kita sekarang banyak pilihan...dah aman, dah moden, zaman it, muda muda lagi sumer dah ada keter sebijik, dua bijik ke tiga bijik sorang......yg kita nikmati ini sedikit sebanyak oleh pengorbanan pejuang pejuang yang tidak di dendang...
yg muda2 mungkin nampak, mungkin tak..
sebab tu sekarang ni benda benda remeh pun bertekak!
tapi org yg tua2 nampak..
No comments:
Post a Comment