Friday, August 5, 2011

perjalanan hidup...

menoleh kebelakang seketika...untuk membolehkan kita bukan hanya melangkah tetapi melompat jauh kehadapan.

setiap kita akan melalui zaman kanak2, zaman persekolahan, zaman remaja, zaman awal bekerja, zaman awal menempuh berumahtangga, zaman hadirnya anak2 dalam hidup kita.....banyak benda yang baik, buruk, mustahil, tak sangka, hebat atau yg tak masuk akal mungkin telah kita lakukan.

kemudian setiap kita akan melalui zaman yang mengajar kita tanggungjawab sebagai seorang ayah atau ibu...realiti yg kita hadapi...masalah anak2, masalah masyarakat, masalah pekerjaan, masalah kewangan, masalah tanggungjawab keluarga, masalah tempat tinggal, tanggungjawab kita dan orang tua kita....kesibukan menjadikan seolah2 masa  tidak pernah cukup, rehat seperti tidak pernah ada, tekanan yg berpanjang, kelengkapan yg dipunyai seolah2 tidak pernah sempurna, wang yg tidak pernah cukup menjadikan kita seperti bersaing antara satu sama lain demi mengecap kebahagiaan.

akhirnya setiap kita akan mengharungi hari tua ...kita akan dihinggapi tanda2....kulit muka akan ada garisan usia, bintik bintik hitam secara tidak sedar mula melata di muka...gigi muka rapuh, badan mudah penat dan kudrat terasa mula berkurang...

dari dewasa kita akan menginjak hari tua...kebanyakkan kita semua akan menghadapimya dengan cara berbeza...mungkin pada waktu itu kita akan lebih miskin dari sekarang, mungkin kita akan lebih sakit dan lemah dari sekarang atau mungkin masa itu kita akan menjadi manusia yang tidak dihormati berbanding sekarang...

rasa takut menghadapi hari tua?

kesunyian...tidak dihargai?

diperlekehkan oleh anak2?

itulah yang kini mungkin dilalui oleh ibu dan ayah kita...

waktu sebegini anak dan cucu adalah tempat untuk mengadu dan berkasih sayang di penghujung usia hidup mereka..

sepanjang liku laluan hidup kita dalam mengejar dunia, kita terleka tentang benda yang paling utama.

sebuah harta yang tak ternilai harganya...

iaitu keluarga.



No comments:

Post a Comment