semalam, melawat jiran..suaminya kena 'stroke' seminggu yang lalu dan baru keluar dari hospital sebelah petangnya.
kini, sebelah kirinya lumpuh, tutur katanya kurang jelas...sesekali matanya terlelap semasa berbual.
seminggu yang lalu....dia orangnya tegap, aktif, kerja pun byk melibatkan aktiviti luar berkaitan kem latihan bina semangat..rajin ke surau, malah dia adalah setiausaha surau di tempat ku...umur? cuma 4 tahun tua dari ku.
teringat dua minggu yg lalu terserempak masa dia nak ke klinik, sempat berbual...katanya badan rasa tak sedap, cuma datang nak ambil ubat...sempat dia memberitahu ku masa tu 'surau kita tiap2 jumaat, lepas magrib dah ada org ngajar..datang lah ya '...mcm biasa dia tak pernah jemu atau lupa mengajak aku ke surau...walaupun dia tahu aku bukan lah selalu ke surau, ke surau pon mcm tenggelam timbul... alasan? sebab kerja atau balik lewat....dan itulah kali terakhir aku melihat dia dalam keadaan sihat.
setelah isteri dan org2 perempuan beredar dari biliknya...cuma tinggal aku dan dia, suasana jadi hening...
' i can't feel my left hand...my left leg' tuturnya lemah pada ku...ku lihat kelopak matanya bergenang...dalam diam air matanya tumpah...
aku cuba memberi kata2 semangat...dia cuma memejamkan matanya...mungkin dia tahu kata2 ku tiada makna...mungkin hanya untuk menyedapkan hatinya.
dan sejak kebelakangan ini aku sering tertanya2?... apa ya erti kebahagiaan hidup? apa ya makna kemewahan hidup? apa ya yg dikatakan kenikmatan hidup? apa ya yg kita kejarkan dalam hidup?...apa ya keutamaan hidup? harta yg banyak? wang yg banyak? kemewahan kebendaan? kehebatan diri? kedudukan tinggi? selalu kah mensyukuri nikmat Allah? selalu kah menghargai ahli keluarga dan rakan taulan?
aku bersalam untuk minta diri...terasa genggaman tgn kanannya begitu kuat...lama....dia seolah2 ingin meghargai kekuatan tgn kanan yg ada...juga seolah2 memberi isyarat pada ku untuk mensyukuri kenikmatan kekuatan tubuh badan yang Allah masih pinjamkan pada ku.
aku cuma mampu mendoakan kesihatannya segera pulih.
doa dari seorang sahabat...kepada seorang sahabat.
No comments:
Post a Comment