Thursday, August 15, 2013
surau untuk buddha ; kau taliban !!
tang mengomen lepas sesuatu isu hangat memang feveret orang mesia.
berbilang kaum lar katakan....
komen dari pelawat2 serta anon2 yang melampui batas sebab orang bukan kenal dah biasa kita jumpa...tahap pemikiran serta latar belakang yang berbeza memberikan gambaran tahap kefahaman masing tentang sesuatu isu.
tapi laman twitter Lawyers for Liberty (LFL) the so called human rights and law reform organization in Malaysia ni mengomen macam lawyer otak udang.
we can agree to disagree...tapi LFL mengatakan tindakan penguatkuasa ni dah sama dengan cara Taliban dah kira melampau.
pertama-tamanya LFL ni tau ke maksud Taliban?
bagi LFL maksud Taliban ni yang pengertian menggambarkan kekejaman Islam yang sering dimomok-momokkan dan diguna pakai oleh orang-orang barat tu ker? gitu ker?
hebat LFL ni...
dengar jer ura-ura nak roboh surau terbabit dan tak setuju terus chop ni kerja gaya orang-orang Taliban.
sesikit..'hahhh cara kau tu Taliban!'
ceterai gunakan sikit jer otak lawyer tu...tak yah sumer..guna sikit jer...kaji dan lihat dulu baru lar komen Taliban ke tidak.
cadangan runtuh atas dasar sebab salah kiblat? ok, mungkin kita boleh suggest cuba gunapakai aktiviti yang lain seperti kelas etc.
cadangan runtuh atas dasar bangunan surau yang didirikan tak dapat kelulusan dari PBT? takkan nak runtuh bangunan haram pon dikatakan Taliban?
esok-esok ada bangunan haram didirikan betul-betul sebelah rumah-rumah lawyer-lawyer LFL ni biarkan jer...ada orang buat extension haram kat opis-opis lawyer ni menyusahkan urusan diaorang jangan diruntuhkan....jawab jer, ehhh nanti jadi Taliban !
buat lah kuil-kuil sesuka hati tepi2 jalan, depan simpang atau paling elok kuil2 buat lar bebanyak betul2 depan rumah-rumah lawer LFL ni....so tak leh runtuhkan? ehhh nanti jadi Taliban !
tengok lar dulu alasan sebelum mengomen....kalau membazir bukan perangai Taliban, tu perangai setan!
entah-entah lawyer LFL yang menulis mengata Taliban dalam twitter tu pun Islam...
burok bebenor Taliban di mata lawyer-lawyer LFL ni...
mender yer Taliban ni?
ehh...Taliban ni sama ker ngan stail geng-geng yang bako anak guam sendiri kalo tak pueh ati??
Wednesday, August 14, 2013
surau untuk buddha ; korang memang best !
Kali ini di Tanjung Sutera Resort, Kampung Sedili Besar, Johor.
Nahhh. kauuu !..Surau dijadikan tempat orang Buddha sembahyang! Umat Islam di Malaysia terperanjat? Tak perlu rasa terperanjat sebab akan ada lagi insiden-insiden yang menyentuh sensitiviti agama sebegini di masa-masa akan datang.
Ianya takkan terhenti disini sahaja.
Hanya tunggu dan lihat.
Lepas tu..minta maaf.
Pastu buat lagi...kemudian minta maaf semula.
Pernah ke kita dengar atau lihat kerapnya benda-benda yang menghina umat Islam sebegini sesebelum ini atau jangkamasa 5 tahun lalu?
Isteri tuanpunya resort berkenaan dikatakan berkata ;
“Penduduk Sedili Besar yang beragama Islam BODOH, TIDAK SPORTING dan berbeza pandangan dengan Singaporean.”
Silap-silap nanti ada pulak lagi lawyer beragama Islam yang mempertahankan tindakan tuanpunya resort tersebut.
Pelik?
Kes murtad Lina Joy ada lawyer Islam yang membelanya.
Kes Maznah video anjing pun ada lawyer Islam yang membelanya.
Tu ari ada puak-puak tertentu memberikan hujah membela bahawa bukan Islam memang dibolehkan masuk berceramah/berucap dalam surau/masjid.
Jangan ada pulak nanti puak-puak tertentu memberikan hujah membela bahawa bukan Islam memang dibolehkan melakukan upacara keagamaan mereka dalam surau/masjid udah....
Ker aku ni je yang konfius??....
Thursday, August 1, 2013
'bela' anjing atau 'bela' anjing !
chetz yusof...perempuan berumur 38 tahun telah menimbulkan isu hangat dengan pembikinan video raya bersama-sama anjing peliharaannya 3 tahun lalu cuma kini menjadi tontonan umum.
berlatar belakang suara takbir raya, adengan anjing dibasuh kakinya dan kemudian adengan dia membasuh kakinya pula untuk mengambil wuduk dengan berbaju melayu etc.
persoalannya ialah ;
maka apa mesej yang ingin disampaikan oleh chetz?
berapa ramai lagikah orang-orang yang beragama islam yang sealiran pendapat seperti chetz?
terkini, latheefa koya adalah peguam islam yang membela chetz..tidak pasti samada dia 'membela anjing' (mempertahankan hak adil) atau dia membela anjing (memelihara) ?
bangsa lain pasti ketawa besar melihat sesama kita berbantah-bantah...
Friday, July 26, 2013
umat islam di malaysia - apakah tahap sensitiviti anda?
terkini alvin tan dan vivian lee ...mereka dibebaskan hanya dengan ikat jamin serta bersyarat.
selepas ini nampaknya lagi banyak lah orang macam alvin dan vivian ni mula bercambah dan berani menampakkan diri secara terang-terangan dalam malaysia ni.
selepas ini semakin banyak la pula munculnya kumpulan-kumpulan melayu islam mentaliti ala ala hajjah sitt wuzara.
kuasa ekonomi dah memang out siang2 lagi..
kuasa politik pon dah mula terhakis...bangsa lain mula ambil sikit2
now ni tang agama pon nampaknya orang 'sekeh' kepala kita, kita masih lembik?
kini pelbagai isu seolah-olah sengaja di'gosok' oleh non-moslem di Malaysia..terkini isu makan dalam bilik persalinan (tandas bagi sesetengah pihak), penentangan subjek tamadun islam di IPTA serta desakan penggunaan kalimah Allah oleh non- moslem dibangkitkan semula oleh duta Vatican.
mungkin isu-isu berbangkit bertali arus ini merupakan satu 'conditioning process' secara terancang bagi menilai tahap mana kini sensitiviti orang islam di negara ini.
yang nyata, sensitiviti orang islam di negara ni hanya tampak hebat bila tang bergaduh sesame sendiri!
adakah anda kalangan islam yang gembira atau berduka?
Wednesday, July 24, 2013
DUN Kuala Besut ; BN Menang...Sejenak Untuk Renungan Bersama
BN menang DUN Kuala Besut...
Banyak pengajaran yang dapat kita pelajari dan patut kita renungkan perihal apa yang telah terjadi.
Hasrat sesetengah pihak untuk melihat kedudukan kerusi DUN 16:16 tidak terjadi. Jika ianya berlaku mungkin banyak buruk dari baik pula yang terjadi rentetan kedudukan Dewan Negeri yang tergantung. Maka tidak dimakbulkan keinginan pihak-pihak yang ingin melihat kekalutan terus berlaku.
Tahniah pada yang menang, pada yang kalah terimalah dengan berlapang dada.
Buktikan kepercayaan pengundi yang diamanahkan kepada yang menang bukan membalas dendam.
Bayangkanlah yang telah berlaku melalui kempen-kempen yang penuh dengan cemuhan dan tomahan dalam bulan Ramadhan ini. Hanya semata-mata meraih undi untuk habuan dunia yang teramat sedikit.
Mungkin ada hikmahnya memungkinkan BN menang jua kali ini.
Renungkan semula dalam-dalam....
Tuesday, July 16, 2013
ular lidi mula nak menjadi naga - part 2
jika ianya benar...
akibat rentetan beberapa insiden terkini terang-terangan kita dihina seolah-olah mencabar tahap kesabaran...maka ada antara kalangan orang Islam yang tidak lagi mampu membendung sabar...
berita lanjut ; http://theunspinners.blogspot.com/2013/07/cina-dap-campak-babi-ke-surau-dan-hina.html
Sunday, July 14, 2013
ular lidi mula nak menjadi naga...
Selamat Berbuka Puasa???
Ada antara kita membacanya tapi masih mampu tersenyum umpama ianya sebuah bahan lelucon???
Aahhhh !!
Mereka-mereka ini bukan lah baru semalam duduk di Malaysia...Hidangan babi dan tanda halal? Apakah hilang hormatnya mereka kini kepada orang Islam di negara ini?
Akibat dari sokongan golongan Melayu liberal yang menggunakan platform suara jalanan kononnya memperjuangkan ketelusan dan keterbukaan??
Sengaja menunjukkan sikap biadap terang-terangan kerana merasakan begitu yakin Melayu Islam akan diketepikan dalam tempoh 5 tahun akan datang???
APA LAGI yang kaum Cina yang sebegini mahu??
Nilaikan lah apa yang tersirat dan tersurat...Apakah masih ramai di antara kita yang masih buta??
Ulasan Dr Maza akan pendirian DAP seolah-olah membantah apa jua yang berkaitan dengan Islam....Terkini DAP membantah keras subjek Tamadun Islam di IPTS.
Tapi agak sukar untuk memahami kebimbangan Dr Maza kerana DAP sendiri amat disayangi oleh oleh Melayu Islam golongan pendukung Anwar Ibrahim dan PAS...masakan tidak percaya??
Another rally if no clean electoral roll after redelineation - BERSIH Year 2013.
Kumpulan Pendesak NGO disokong oleh BAR COUNCIL MALAYSIA mempersiapkan diri bagi tujuan rali tersebut bagi menambahkan lagi tekanan kepada Kerajaan.
TAHNIAH ANWAR !!
HASIL USAHA GIGIHNYA KINI ULAR LIDI PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM TELAH MENJADI NAGA.
KINI ANWAR TIDAK MAMPU MENGAWAL NAGA YANG SEMAKIN MELIAR...MELAWAN TUANNYA !
JIKA NAGA ITU MEMBAHAMNYA SEORANG TIDAK MENGAPA LAH JUGA....
APA YANG MALANG IALAH SIKAP BIADAP MEREKA-MEREKA INI KINI TERSERLAH...TELAH MULA MENAMPAKKAN KEINGINAN MEMBAHAM KESEMUA ORANG ISLAM DI NEGARA INI...
Tuesday, July 9, 2013
Wednesday, June 26, 2013
Tuesday, June 4, 2013
pilihan along
'Pergilah, babah tunggu sini'....
Cuma melihat dari jauh, berpusu-pusu para pelajar kearah khemah bila diumumkan kaunter pendaftaran mula dibuka. Along, tenggelam dalam keramaian bersama-sama yang lain...cepat-cepat para pelajar berjalan laju macam nak dulu sampai kat van milo yang datang bagi air milo free masa kat sekolah rendah dulu-dulu,
Berebut untuk beratur seolah-olah yang awal mendaftar mempunyai pilihan bilik kediaman nanti.
Ini bukan nak masuk hotel tapi nak masuk hostel, mana mungkin ada pilihan....senyum aku dalam hati.
Kelibat bantal dan baldi dijinjing orang boleh dilihat sana sini sambil salinan x -ray terkepit ditangan sambil turut membawa beg besar. Satu pemandangan biasa tapi amat luar biasa bila aku terlihat salah seorang ibu memikul sebuah kipas angin kaki tinggi khas untuk anaknya....wowww!
Aku mencari lokasi sesuai untuk menunggu. Haaa, jumpa! Disebalik dinding staircase, agak terlindung dari pemandangan orang. Best sebab redup dek bayang-bayang pokok tapi masih dapat memerhatikan khemah kaunter pendaftaran tempat along ditelan orang ramai tadi. Babah along dapat port baekkk, tunggu sambil leh hisap rokok. Belum apa-apa aku dah fail, mana boleh hisap rokok kat sini. Baru nak tekan lighter rupanya ada seorang lelaki sebelah ku.
Pon sama, dia tengah hisap rokok.
'Lagi pantas dia ni' bisik aku dalam hati. Sure dia ni pon kaki langgar displin gak nie. Sama-sama senyum...kaber line...haha!
Aku memerhati dari jauh, melihat keadaan sekitar yang penuh dengan ragam keluarga serta pelajar sambil fikiran turut ikut melayang mengimbau zaman-zaman aku mula-mula mendaftar belajar.
Bezanya aku dulu register masuk cuma dengan kawan bertiga tanpa mak dan abah. Tanpa baldi... tanpa hanger. Beg baju letak kat rumah senior dulu, cuma bawa fail kecik dokumen pendaftaran dan tak lupa lighter alladin ngan Dunhill 20 batang yang dibawa dari Malaysia. Merentas antara blok bangunan tercari-cari tempat nak register dalam kesejukan. Menggelatuk sejuk, sertakat jaket jeans Levi's ngan pakai baju 2 lapis memang tak mampu menahan kesjukan winter bulan Disember. Tak tau yang musim sejuknya terasa macam kat Noth Pole. Pandai-pandailah bawak diri.
Nampak along dah keluar dari kumpulan pelajar yang berpusu-pusu dikhemah tadi dengan dokumen serta kunci bilik ditangan, Nampak along termangu-mangu mencari babah dia. Saja, dari tempat port aku yang terlindung ni aku biarkan dulu along dalam seminit dua, nak tengok reaksinya.
Nampak macam cemas, panik...baru aku pergi kearahnya. Saja, nyakat.
Haha!
Berpeluang untuk ke IPTA rezeki untuk along sambung belajar. Cuma RM700 satu semester. Jika tidak untuk ke IPTS (i.e MMU, UTP, Uniten) sekurang-kurangnya RM10K bagi satu semester!
Yang bestnya, setelah belajar di IPTA, mengeji Kerajaan seolah-olah tidak ada satu pun yang betulnya. Takpalah, salah tu memang ada cuma cara untuk menegur bila dah jadi 'manusia pandai' mestilah ada cara dan budi bahasanya. Kalau siang-siang dah tak berkenan kat banyak benda, pergi je belajar kat IPTS, siapkan je RM50 ke 100K sepanjang 4 tahun untuk yuran belajar.
Bersalaman dengan along, sempat aku mengucapkan sesuatu pada along menggunakan peluang ini sebaik mungkin dan jangan leka. Pilihan untuk belajar adalah pilihan along. Tempat dan bidang pun pilihan along. Hala tuju apabila selesai belajar, pun pilihan along. Mengeji tempat yang telah memberikan ilmu pada along pun pilihan along....
Menyembunyikan rasa sebak meninggalkan along sewaktu menuju ke kereta. Terbayang anak gadis yang 17 tahun dulunya tidur disebelah sambil ditepuk oleh babahnya.
' Maaf encik, rokok tak boleh kat sini ' sapa pak guard sewatu memandu perlahan melintasi pondok pengawal untuk keluar.
'Ohh ' rokok terselit kat jari aku sewaktu nak melambai terima kasih masa keluar tadi.
'Baru pasang api je ni, nak keluar dah '
Kaber line..haha!
Subscribe to:
Posts (Atom)





























