Thursday, August 15, 2013

surau untuk buddha ; kau taliban !!



tang mengomen lepas sesuatu isu hangat memang feveret orang mesia.

berbilang kaum lar katakan....

komen dari pelawat2 serta anon2 yang melampui batas sebab orang bukan kenal dah biasa kita jumpa...tahap pemikiran serta latar belakang yang berbeza memberikan gambaran tahap kefahaman masing tentang sesuatu isu.

tapi laman twitter Lawyers for Liberty (LFL) the so called human rights and law reform organization in Malaysia ni mengomen macam lawyer otak udang.

we can agree to disagree...tapi LFL mengatakan tindakan penguatkuasa ni dah sama dengan cara Taliban dah kira melampau.

pertama-tamanya LFL ni tau ke maksud Taliban?

bagi LFL maksud Taliban ni yang pengertian menggambarkan kekejaman Islam yang sering dimomok-momokkan dan diguna pakai oleh orang-orang barat tu ker? gitu ker?

hebat LFL ni...

dengar jer ura-ura nak roboh surau terbabit dan tak setuju terus chop ni kerja gaya orang-orang Taliban.

sesikit..'hahhh cara kau tu Taliban!'

ceterai gunakan sikit jer otak lawyer tu...tak yah sumer..guna sikit jer...kaji dan lihat dulu baru lar komen Taliban ke tidak.

cadangan runtuh atas dasar sebab salah kiblat? ok, mungkin kita boleh suggest cuba gunapakai aktiviti yang lain seperti kelas etc.

cadangan runtuh atas dasar bangunan surau yang didirikan  tak dapat kelulusan dari PBT? takkan nak runtuh bangunan haram pon dikatakan Taliban?

esok-esok ada bangunan haram didirikan betul-betul sebelah rumah-rumah lawyer-lawyer LFL ni biarkan jer...ada orang buat extension haram kat opis-opis lawyer ni menyusahkan urusan diaorang jangan diruntuhkan....jawab jer, ehhh nanti jadi Taliban !

buat lah kuil-kuil sesuka hati tepi2 jalan, depan simpang atau paling elok kuil2 buat lar bebanyak betul2 depan rumah-rumah lawer LFL ni....so tak leh runtuhkan? ehhh nanti jadi Taliban !

tengok lar dulu alasan sebelum mengomen....kalau membazir bukan perangai Taliban, tu perangai setan!

entah-entah lawyer LFL yang menulis mengata Taliban dalam twitter tu pun Islam...

burok bebenor Taliban di mata lawyer-lawyer LFL ni...

mender yer Taliban ni?

ehh...Taliban ni sama ker ngan stail geng-geng yang bako anak guam sendiri kalo tak pueh ati??




Wednesday, August 14, 2013

surau untuk buddha ; korang memang best !

 
Kali ini di Tanjung Sutera Resort, Kampung Sedili Besar, Johor.
 
Nahhh. kauuu !..Surau dijadikan tempat orang Buddha sembahyang! Umat Islam di Malaysia terperanjat? Tak perlu rasa terperanjat sebab akan ada lagi insiden-insiden yang menyentuh sensitiviti agama  sebegini di masa-masa akan datang.
 
Ianya takkan terhenti disini sahaja.
 
Hanya tunggu dan lihat.
 
Lepas tu..minta maaf.
 
Pastu buat lagi...kemudian minta maaf semula.
 
Pernah ke kita dengar atau lihat kerapnya benda-benda yang menghina umat Islam sebegini sesebelum ini atau jangkamasa 5 tahun lalu?
 
 


 
 
Isteri tuanpunya resort berkenaan dikatakan berkata ;
 
 
 
 
“Penduduk Sedili Besar yang beragama Islam BODOH, TIDAK SPORTING dan berbeza pandangan dengan Singaporean.”
 

 
 
 

Silap-silap nanti ada pulak lagi lawyer beragama Islam yang mempertahankan tindakan tuanpunya resort tersebut.
 
Pelik?
 
Kes murtad Lina Joy ada lawyer Islam yang membelanya.
 
Kes Maznah video anjing pun ada lawyer Islam yang membelanya.
 
Tu ari ada puak-puak tertentu memberikan hujah membela bahawa bukan Islam memang dibolehkan masuk berceramah/berucap dalam surau/masjid.
 
Jangan ada pulak nanti puak-puak tertentu memberikan hujah membela  bahawa bukan Islam memang dibolehkan melakukan upacara keagamaan mereka dalam surau/masjid udah....
 
 

 
 
Ker aku ni je yang konfius??....

 
 
 

Thursday, August 1, 2013

'bela' anjing atau 'bela' anjing !




chetz yusof...perempuan berumur 38 tahun telah menimbulkan isu hangat dengan pembikinan video raya bersama-sama anjing peliharaannya 3 tahun lalu cuma kini menjadi tontonan umum.

berlatar belakang suara takbir raya, adengan anjing dibasuh kakinya dan kemudian adengan dia membasuh kakinya pula untuk mengambil wuduk dengan berbaju melayu etc.

persoalannya ialah ;

maka apa mesej yang ingin disampaikan oleh chetz?

berapa ramai lagikah orang-orang yang beragama islam yang sealiran pendapat seperti chetz?

terkini, latheefa koya adalah peguam islam  yang membela chetz..tidak pasti samada dia 'membela anjing' (mempertahankan hak adil)  atau dia membela anjing (memelihara) ?

bangsa lain pasti ketawa besar melihat sesama kita berbantah-bantah...